Wednesday, December 7, 2011

Tak Nak

Sekarang ni kat mana2 kita boleh nampak or dengar or lihat kempen Tak Nak Merokok yg dilakukan secara besar2an. Masalahnya orang2 macam kita yang tak merokok ni memang sangatlah terkesan bila tgk kempen tu..yelah..terang2 tunjuk gambar kanser paru-paru..gambar janin yang gugur..gambar gigi hitam..tapi golongan sasar yakni perokok tegar sehari isap sekotak rokok asap berkepul2 nonstop bau pun dah macam asap lori masih tak sedar diri...sakit kepala akak tau..

Sekarang ni ada 3 lelaki kat kedai yang perokok berani mati..memang serious tak takut mati..asal takde customer je isap rokok, dah la kedai akak ni 10 kaki persegi je..cinonet amat..ko merokok asap tu tak kemana..akak la tukang hidu. Yang sorang tu akak tak kisah..ye la partner merangkap tokeh..takkan nak sound kena batang idung. Sejak dua menjak ada pekerja baru ni memang akak mati kutu..macam komplot pun ada lelaki2 ini..asal duduk je rokok, asal rokok je duduk..yg anak tokeh tu memang dah berbuih menitik2 air liur akak menegur..ni ha yang baru kerja ni, kawan tokeh pulak tu..kalau ada tokeh, sama naik isap rokok..sakit ni ha hati akak..macam nak mengamuk..korang boleh agak2 tak merokok..jangan merokok kat dapur, lepas merokok basuh tangan..takkan tu pun akak nak kabor..sah-sah la tak pernah basuh tangan lepas merokok tu..penat la akak ari2 nak bebel pasal puntung rokok korang..pening tau tak akak hidu asap rokok murah korang yang busuk tu!!! Akak betul2 tak paham dengan orang yang tak reri bahasa ni..ni kira pengetahuan am la..jgn isap rokok depan pelanggan, kat dapur..senang kata jgn merokok time keje..akak tak tau la org lain, tp kalau akak pergi kedai makan pekerja dia asyik merokok je memang akak tak jejak dah lepas tu....

Akak memang bengang..akak dah mengadu kat partner akak minggu lepas, akak cakap mintak maafla nak tegur..bukan akak tak bagi merokok kat kedai tapi ni isu kebersihan, partner akak tu..okeh2 saya paham..tapi ni ha da seminggu, sama je..tarrra perubahan pun....

Akak sekarang ni memang diam je..dah malas nak sound mound..buat habis saliva akak je..Akhir kata, akak tujukan poster kempen Tak Nak Merokok ni kepada semua para lelaki diluar sana..Beringatlah sebelum kena, menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian sesen pun tara guna..baca dengan tonasi Mr. Karam Singh Walia..Gudbai..







1 comment:

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey