Friday, February 17, 2012

Syukur


Banyak betul yang saya nak kongsi. Tak tau yang mana satu nak highlight..Semuanya berlaku serentak dalam masa dan ketika yang saya tak jangka.

Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Saya kini berbadan dua. InsyaAllah dah nak masuk 11 minggu. Nanti saya kongsikan pengalaman saya bila pertama kali tau saya pregnant. Itu pun kalau saya dan la. Penantian saya dan suami lebih kurang 3 tahun lebih ni berakhir dengan berita yang paling gembira!

Syukur juga sebab pembedahan ayah mertua pada 2/2 berjalan lancar dan sekarang dalam proses recover kat rumah saya. Syukur kerna sepanjang awal kehamilan ni saya tak alami simptoms alahan @ morning sickness @ keletihan melampau hingga mengganggu urusan harian terutamanya sekarang ni saya menjaga kedua mertua. Syukur juga, saya dalam tempoh rehat dari bekerja. Jadi, di samping saya dapat jaga kandungan dapat juga saya berbakti kepada kedua mertua . Semua kejadian ada hikmahnya...Suami sibuk, outstation tak tentu masa, ipar saya sorang jauh di kampung, sorang lagi pun kerja jenis yang outstation juga. Biras saya pula cikgu sepenuh masa tentu susah nak cuti nak jaga mertua. Adik ipar pula tak habis mengaji lagi, pulak tu dalam praktikal tentu sibuk dengan tugasan kerja..Alhamdulillah dan syukur saya ada banyak masa, so orang lain tak pening kepala. Sayalah uruskan mereka, jadi driver dan teman sembang tapi tukang masak tetap mak mertua..hehehehe..

Fokus saya kekal sihat demi anak dalam kandungan dan mertua yang perlu jagaan dan perhatian..Bukan senang okeh, jaga orang lepas operate..lagi2 orang tua, lagi banyak kerenah dan tahap kesabaran kena tinggi juga..Mental pun nak kena sihat, dah la tak bekerja, kurang bersembang dengan rakan sebaya hanya suami je tempat tukar2 cerita..Kalau tak kuat mental boleh stress juga, tak elok untuk kandungan dan orang keliling saya ..untuk elak kemurungan(hahahaha-takda la murung pun) saya kini jadi pengunjung library tentera..itu saya citer later-later...


nota: konon nak rajin balik menulis supaya otak tak tumpul n kepam duk kat umah ni..


2 comments:

PUANSTOBERI said...

Tahniah asma. moga lps ni turn sy pula :)

S-A-R-A-M said...

tahniah kak asma...:)syukur Alhamdulillah..