Saturday, November 12, 2011

11.11.11

Tarikh keramat…saya kemalangan ketika memandu sendirian di sekitar Desa Pandan. Menggigil kepala lutut..Memang saya langsung tak boleh nak ingat balik mcmana boleh eksiden..cuma yg saya ingat..dalam hati time tu cuma tekan brek..sebab saya dah langgar kereta yang parking kat tepi jalan..

ok..ok..ceritanya macamni..saya singgah speedy, pulangkan CD cerita Korea Fullhouse. Dari speedy saya memandu keluar simpang menuju ke jalan belakang deretan kedai..Tapi jalan tu kira jalan lurus utama..tak jauh tu ada simpang 4 jalan sehala..Saya rasa time tu saya drive perlahan je sebab jalan tu ada byk bumper dan sempit sebab kereta parking kiri kanan jalan (tp x da la sempit sgt..). Tak semena2 ada kereta keluar dari simpang kanan, melawan arus jalan sehala . Sedar2 kereta saya dah terseret ke sebelah kiri dan melanggar kereta yang parking kat situ..Memang panik dan takut sangat2 sebab nampak 2 biji kereta yang parking tu teruk jugak..Total yg eksiden 4 biji kereta, kereta yang keluar dari simpang, kereta saya dan 2 biji kereta kat parking..

Dalam 5 minit jugak saya duduk dalam kereta sambil usap2 dada dan nak nangis. Saya tabahkan hati, matikan enjin dan keluar kereta..Masa ni org ramai dah kerumun..Call suami, suami pun dah panik tapi dia tgh sibuk dan ada majlis memang tak boleh keluar..Suami cakap mintak tolong org dan nanti dia mintak tolong kawan dia datang..Saya pun pergi kat kereta pakcik yang langgar tu dan terus tanya macamani ni, kenapa keluar simpang jalan sehala tu..masa cakap tu memang tetiba je rasa sedih sgt..terus menangis..ada sorang adik kerja kedai2 kat situ terus datang peluk dan pujuk..dia cakap, takpa..akak ok kan, dia bagi air dan suruh saya duduk..Memang terima kasih sgt2 tapi ralat sebab nak tanya nama n ucap terima kasih..

Pakcik yang langgar saya pun panik sebenarnya, lepas ambil contact no semua, tak sampai 5 minit dia pun blah..owner kereta yang parking tu cuma sorang je yang perasan, sorang lagi tak..semua agree nak buat report. Org2 kat situ sangat membantu, bagi nasihat, tlg tengokkkan kereta boleh jalan ke tak sambil tu saya ambil gambar kereta, tempat kejadian, signbord jalan dan apa je yang sempat. Masa ni bersyukur sgt telefon ada kemera. Kalau tak memang susahlah nak record.

Dipendekkan cerita saya bawa kereta yang eksiden tu kebalai polis trafik kat Ampang tapi on da way pakcik tu call dan nak settle kat luar, tanya suami, suami kata takpa kalau dia nak tanggung semua dan saya tawakkallan hati pusing balik jumpa pakcik tu dan follow dia pergi bengkel. Masa tu memang cuak sebab sorg2, saya tak bagi kawan suami datang sebab kereta boleh jalan n sebenarnya saya tak tau nak buat apa kalau dia datang..konon konfiden la..bukan apa..kawan suami ni saya tak rapat sgt..so segan..hehehe..

Alhamdulillah, kereta tu dah selamat dalam bengkel dan pakcik tu setuju nak bayar gantirugi...Tapi pukul 1.00 pg semalam, pakcik tu call dan minta saya buat report sebab kereta yang parking tu buat report..So pagi tadi kelam kabut buat report sbb report kena buat dalam masa 24 jam..Alhamdulillah semua settle dengan cepat..Masa buat laporan pun cepat, jumpa pegawai penyiasat pun cepat dan gambar2 yg saya ambil tu sgtlah membantu.

Nasihat saya yang pertama kali kemalangan, ni berdasarkan pengalaman saya dan harap dapat membantu kawan2 lain. Lebih2 lagi kalau sorang, tapi rasanya boleh apply kalau kemalangan ni kat tempat orang ramai lah..Kalau kawasan sunyi sorang2 baik jangan ikut.

1. Nak panik ke nak nangis ke kejap je..pastu kawal diri dan jumpa orang yang langgar tu, ambil detail kereta dan contact no.

2. Periksa kereta kita, sama ada kerosakan kecil ke besar ke sebab kalau sorg2 kita nak kena sama ada bawa kereta kita keluar dari tempat kejadian atau telefon towing car.

3. Ambil gambar keadaan kereta semasa kemalangan, tempat kejadian, kecederaan kita (jika ada)

4. Buat report jika nak claim insurance..ini atas budi bicara.

Semua gambar2 kat bawah ni saya print dan serahkan kat pegawai penyiasat trafik masa buat laporan.

 

11112011198

Betul2 lepas eksiden..kat atas tayar pun kemek sikit

 

11112011208

Orang2 kat situ tolong cabut bumper dan semua2 yang pecah..

 

11112011203

Saya terseret ke kiri jalan dan langgar kereta yang parking kat belakang kedai..Actually bukan petak parking pun kat situ..lantakla diorang malas nak fikir..org bengkel cakap, silap2 kereta yang parking tu tak boleh claim insurance..

 

11112011207

Teruk gak kereta kancil tu, depan belakang kena..kereta yg 1 lagi tu kemek depan..=(

 

11112011202

Dari jauh..ini jalan lurus, tak boleh masuk simpang kiri..tapi boleh masuk simpang kanan jalan sehala..

 

11112011206

Gambar jauh sikit..nampak tak signbord jalan sehala..kereta pakcik tu keluar dari simpang ni lah..lawan arus..

 

11112011201

Ok..signboard jalan sehala pun ambil..punyalah nak ada bukti..brother taxi ni memang very helpful..tq bro…

 

11112011204

Signboard jalan pun ambil..Lokasi kejadian..

 

Kesimpulan, kemalangan memang tak berbau..padahal saya tak sampai 5 minit pun keluar parking dari speedy..Benda dah nak jadi..saya terima dugaan ni dengan hati terbuka atleast pengalaman tuk saya jadi lebih…lebih..dan lebih berhati2…

1 comment:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

adesss.. kalo saya cuak giler!!!
mintak simpan jauh²..
ishkk.. nauzubillah la terjadi lgkan..

apepun, mujur gak awak tade ape²kan..