Showing posts with label amalan untuk hamil. Show all posts
Showing posts with label amalan untuk hamil. Show all posts

Monday, May 10, 2010

~Doa2 Untuk Mendapat Zuriat~

Sementelah puasa, saya x boleh makan...dan bergosip2 murah2an..:)

Jadi, saya telah menggoogle kisah2 nabi terutama kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Zakaria a.s yang berdoa kepada Allah S.W.T untuk mendapat zuriat...

klik sini untuk KISAH NABI ZAKARIA

Doa Nabi Zakaria a.s

"Dikatakan doa Nabi Zakaria ialah ayat yang terkandung dalam A-Quran surah Al-Anbiya ayat 89:
Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku sendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik".

Doa Nabi Ibrahim a.s


Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.

Banyak lagi doa2 lain dari ayat2 Al-Quran yang boleh diamalkan..ini sebahagian sahaja..:)..Selamat beramal..


 nota kaki : Sila rujuk Al-Quran, takut ada kesalahan pada huruf dan tanda bacaan...

~ Saya Niat Berpuasa Hari Ini ~

Seorang isteri yang belum dikurniakan anak dan dia amat merindukannya hendaklah berpuasa selama 7 hari. Ketika hendak berbuka puasa, dia membaca tiga asma ini sebanyak 21 kali. setelah itu, meniupkannya ke dalam segelas air, lalu berbuka puasa dengan air tersebut, maka dengan izinNYa dia bakal dikurniakan anak. Insya Allah...
{Ya Khaaliq, Ya Baari, Ya Musawwir}
{Maha Mencipta, Maha Mengadakan, Maha Membentuk}

Terima kasih yang amat pada Miss BUYUI yang post ILMU ni kat Facebook, saya sungguh terharu dengan keperihatinan beliau pada kawan2 yang tengah berusaha peroleh cahaya mata..

Jadi, mulai hari ini saya berpuasa..InsyaAllah selama 7 hari..

Kepada yang tengah berusaha seperti saya untuk menambah bilangan ahli keluarga, marilah kita sama2 mencuba..

X salah usaha, lebih2 lagi dengan berpuasa..Selain mendapat pahala, kita juga dekat dengan yang Maha Esa..

Ikhtiar itu yang penting..

Moga2 dipermudahkanNya.

nota kaki:- juga ditujukan kepada Puan Elly..:)