Monday, September 5, 2011

Dalam Perjalanan

Raya kali ni memang jauh betul perjalanan saya dan suami. Keluarga saya di Selatan, suami pula di Utara. Untungla Malaysia ni ada lebuhraya, perjalanan jadi mudah, lancar dan cepat. Dan kali ni saya pun tolong drive sekali. Kalau orang lain memandu pulang ke kampung tu biasa, tapi bagi saya wahhhhhh terasa sungguh hebat (tepuk belakang bahu sendiri)..daripada penakut dan phobia di jalan raya, akhirnya saya dapat cekalkan hati memandu..suami memang senyum sampai ke telinga..satunya sebab dia boleh rehat sambil berdengkur kat sebelah dan keduanya, saya rasa dia bangga sebab jenuh berbuih2 mulut dia selama ni suruh saya bawak kereta tapi saya buat keras je...hehehe


Suami yg excited amik gambar dari seat sebelah..on da way balik kampung saya melalu LEKAS highway...


Fokus gila memandu, perjalanan pulang ke rumah mertua melalui PLUS highway..saya drive dari exit Senawang sampai ke RnR Tapah. Berhenti rehat, makan bekal nasi minyak dan suami ambik alih..


Okeh tukar topik, sebenarnya saya nak cerita kisah perjalanan balik dari Sg. Petani ke KL. Jalan jem la amat, jadi dari Bidor kitorang ikut jalan biasa. Sebelum tu dah singgah Kuala Sepetang pekena Mee Udang. Memang dah rezki, kedai yang saya singgah (suggest by SIL: Salleh Stall) tu beroperasi tapi sedang elok je order nampak diorang sibuk2 kemas meja. Rupa2nya tok wan diorang meninggal, kalau tak salah pendengaran, yang meninggal tu owner asal kedai ni. Arwah Pak Salleh. Al-Fatihah.

Betul2 kat tengah pekan.


Kitorang antara pengungjung terakhir sebelum kedai di tutup..=)


Saya order mee goreng udang tak special..rasa macam mee goreng mamak cuma udang je banyak..


Abaikan muka penat tu..tak habis pun sebab mee pedas, lagipun awal sangat makan, time ni belum pun pukul 12.oo tghari...


Suami order mee udang special..udang bagak2la jugak..


Burp...alhamdulillah..


Perjalanan di teruskan sampai le Tg. Malim berhenti pekena kopi ais kat Yik Mun. Kalau ke utara atau balik dari utara saya memang suka singgah sini...


Betul2 kat simpang empat, bangunan kaler merah..kedai corner.


Kopi ais dan pau sekaya dan muka sembab baru bangun tidor...

Agenda makan2 saya sempena raya ni saya tutup secara gah dengan makan kat Victoria Station..hahaha..gah la sangat...dari bulan puasa lagi nak makan tapi tak dan..


Dalam segan nak amik gambar mula2 tu...


Kopi???? Suami tanya kenapa order kopi??? ai punya suka la kan..dan nachos kegemaran..


Sebelum apa2 minum kopi dulu..


Nachos yang simple tapi sedap...


Hidangan utama..


Saya dan kambing bagai irama dan lagu..memang tak boleh dipisahkan..


Suami order mix grilled walaupun pada awalnya bercita2 nak order lobster!!!

Harapnya lepas2 ni saya bolehla kontrol makan. Sampai naik takut tengok diri sendiri makan ni....hahahaha....



3 comments:

SyaNa said...

lapar tgk gambar foods ko
huwaaa

puanstoberi said...

walopun saya org Perak, tp tak penah la plak singgah kedai pau tu sbb tak penah lalu jalan lama.
Adehh.... nati nak singgah la gak. nak gak minum kopi ais. yummeh...

Buyuiazliana said...

aduh!terlupa thn ni nk ajak ko dtg umah aku...!!!