Tuesday, March 8, 2011

KL Heritage Xplorace 2011

2 minggu lepas saya dan suami join xplorace ni..Memang le tak mengambik gambar pun..asik kena lecture ngan suami je bila keluarkan kamera..Ni nak lenggang kangkung pergi pasar bergambar ke nak berexplorace..siot je..mencik tul..jadi gambar yang ada tu pun masa tengah rehat2 sebelum start dan tunggu giliran..Susah kalau ada partner yang set nak menang tak nak kalah ni..kita saje-saje je join suka-suki..:(

Nampak senangkan explorace ni..tapi ya ampun tidaakkkkkk sama sekali..jalan kaki 15km pusing KL. Ditengah rembang matahari tercacak di kepala..Explorace tu start kul 10.00 pagi ok, time ni matahari dah terik tau. Masa diberi 5 jam. So pukul 3.00 ptg mesti habis. Setiap checkpoint dia bagi markah dan cop stamp tanda kita dah siapkan task kat situ.

Saya citelah sikit dah gambar tak ade..

Mula : Start di Menara KL, ada Q's kena jawab. Soalan berkisarkan sejarah pembinaan Menara KL pastu siap ada soalan matematik lagi. Hantar jawapan dan mula bergerak ke Checkpoint 1

Checkpoint 1 kat Saloma Bistro : Ada 2 task, 1 jawab soalan dan 2 menari ngajat. Tak susah sangat tapi jauh tu menapak lari-lari anak sampai sini. Sampai2 pun dah mengah nak kena jawab soalan lagi.

Checkpoint 2 kat Heritage Road : Ni pun sama menapak jauh juga..tak larat pun dah nak lari, matahari pulak tegak kat kepala..seb baik tak pitam je..task kat sini kena ambik 50 biji kacang tanah pakai chopstick.

Checkpoint 3 & 4 kat Masjid India : Sini ada dua checkpoint. Satu kena pakai satu set baju melayu lengkap dalam masa tak ingat berapa minit. Masalahnya baju melayu tak cukup, so masing2 dah kecoh siap marah2 organizer. Then next checkpoint tu kena buat rantai bunga jasmin sepanjang 2 kaki. Ni kira santai la sikit. tapi nak kena fokus tu ingat senang ke nak ikat bunga jasmin...

Checkpoint 5 Bangunan DBKL : Jawab soalan je kat sini.

Checkpoint 6 Padang Dataran Merdeka : Baling botol mineral pakai buah kelapa. Boleh try 5 kali, point dia bagi berdasarkan berapa banyak botol mineral jatuh.

Fast Forward la pulak : Kat sini kena bawak tiang bendera samaada atas kepala atau bahu tapi tak boleh pegang. Pe ek nama dia..Ni dalam perayaan kaum cina diorang buat..x ada gambar la pulak :(

Checkpoint 7 Bangunan Dayabumi : jigsaw puzzle kena cantum gambar tempat2 bersejarah sekitar KL

Checkpoint 8 Dataran Merdeka : Menari tarian singa berpasangan.. Alahai berejam tunggu dekat sejam la jugak. q panjang gila melingkar macam naga. Ini pun kena take note gak untuk explorace akan datang, kalau ada la. Rugi masa kat sini..Ramai yang skip..

Checkpoint 9 Muzium Telekom : Mak ai jauh tu dari Dataran Merdeka nak patah balik ke Muzium Telekom. Menangis dalam hati je la..uhuk.. Masa ni dah pukul 2. Suami memang dah naik angin tengok saya terhegeh2 cam kura2. Habis nak wat camne...tak fit mcm atlit..redha je la...Soalan2 kat sini punyala susah. Nak kena tawaf keliling muzium tu baru dapat jawapan.. Lagipun masa ni memang dah tak larat da..Then ada task menyumpit belon. Seb baik kena!!

Checkpoint 10 Eko Rimba Menara KL.: Masa ni memang nak nangis dah..Bayangkan selepas 4 jam setengah merentas KL nak kena pulak panjat tangga ke menara Kl tu..masa tu memang tobat la, kalau tahun depan nak masuk gak make sure fit tip top punya. Bila dah sampai atas kena senaraikan 5 tumbuhan yang ada kat eko rimba tu..

Checkpoint 11 Menara KL : Rupanya kat menara KL ni ada padang serbaguna. Kat sini kena cari harta karun. Dia bagi bearing dan arahan beberapa langkah untuk cari barang tersembunyi. Tak jumpa pun. Lagipun nak kejar masa.

Checkpoint 12 dan terakhir Menara KL: Abseiling...tak buat pun..q panjang sangat..

Keseluruhannya sangat best dan penat melampau. Lagi dasyat dari panjat Bukit Broga..Kena ada ketahanan mental dan fizikal tahp dewa kalau nak join menda alah ni..Kalau tak memang rasa macam nak tarik diri. Lagi2 kalau partner jenis naik angin dan tak supportive..Patutla bila tengok amazing race tu boleh gaduh2..Memang pun....

dan yang paling best sangat dapat meneroka KL. Kalau tak takdelah saya sampai ke Menara KL. tak pernah naik pun selama ni..Takdela saya sampai ke Muzium Telekom. Dan banyak la lagi....

Bangga la juga sikit jadi sebahagian peserta explorace ni walaupun tak bernombor..hehehe

Layaaan gambar..gambar sikit sangat..sedih..

Menara KL

Baju Explorace bukan di badan saya

Masing2 bersidai sebelum explorace start..mengatuk pun ada time ni..daftar pukul 8 start pukul 10..hmmm


Briefing dulu..jangan ada lak tumpang bas taxi..


Panaskan badan..senam sikit


Sebelum gerak kita tengok orang nari2 dulu


ni dah half way explorace..tengah q nak buat task lion dance


Kat seberang dataran pun ada task juga..


Ini bukan saya.. amik gambar masa sebelum turn saya menari..


Sumpit belon..

Task panjat Menara KL yang menyiksakan jiwa raga

yea abis da

Tengokla tahun depan macam mana..nak je join tapi...huhuhu...saya sedar diri...




No comments: