Tuesday, January 19, 2010

~ 3 days to go ~

Hi there!!!
Isnin bersamaan 25 Jan 2010 bermula lah tugas Hubby ku di KL...Semalam Hubby dan anak2 buah dia baru selesai pindahkan barang Hubby dari Temerloh ke KL..Rumahku yg comel ni rasa penuh je dengan barang2 Hubby...
Walapun aku gembira tapi jauh disudut hati masih ada rasa risau..aku pun tak tau kenapa..mungkin setelah sekian lama 'membujang' aku dah terbiasa dengan rutin hidup aku..Minggu depan semuanya akan berubah..
Aku dah tak boleh tengok tv sesuka hati..mandi lambat..kena sediakan makan malam untuk hubby ku walaupun aku on diet..
Aku harap aku bersedia untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri..selama ni hanya jumpa masa hujung minggu..lain rasanya..
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan suami....satu perjalanan baru akan bermula...
Bismillahirrahmanirrahim.................

No comments: