Semalam, aku, suami dan adikku ke Shah Alam mengambil adik bongsuku. Hampir 1 jam setengah menempuh jalan yang sarat dengan kenderaan, hujan lebat menambah lagi kesesakan. Mata pula mengantuk di tambah dengan mood suamiku yang tidak berapa ok*kerana dia masih culture shock dengan jam di KL*.
Kami berpusing2 mencari parkir untuk makan di Seksyen 7..MasyaAllah.Ramainya manusia. Sungguh aku x tipu. Macam semut menghurung gula. Angin suamiku pula sudah sampai ke kepala..Penat memandu dan melayan kami semua..hehehe
Akhirnya, kami berhenti makan di medan selera yang penuh dengan pelajar2, hanya aku dan suami je yang tua. Selepas order, menanti makanan dan buat bayaran. Teka berapa total harga? hahahha...Murah gila..Kami berempat makan hanya kena RM20.00 sahaja..hahaha..aku suka..aku suka..
Apa yang kitorang makan:-
1. Aku : Mee Hailam + Milo O + Jus Tembikai
2.Suami : Maggi Goreng + Telur Mata + Nescafe O
3.Ayong : Nasi Goreng Paprik + Telur Mata + Teh Ais
4. Adik: Mee Goreng + Teh O Ais
Anggaran kasar setiap seorang makan hanya RM5.00 atau pelayan tu takut nak letak harga tengok muka suamiku yang merah menyinga...hahahah..ggrrr...
Selamat Hari Raya Cina....
No comments:
Post a Comment