Friday, December 17, 2010

Keberangkatan Pulang

Hari ni mak abah mertua dan adik akan pulang ke kampung (SP). Lebih kurang 3 minggu la juga mereka ada kat sini. Lepas solat jumaat, InsyaAllah kami semua akan bergerak keluar dari Kuala Lumpur. Kalau sempat mungkin singgah di Hot Springs Sungai Klah. Boleh celup-celup kaki, kasi hilang lenguh bisa-bisa badan juga daki-daki..=)


Selalu juga saya singgah kat sini kalau balik dari utara..tempat rehat pelepas penat..=)

RM10 entrance fee, tapi syok wooooo..boleh berendam dalam air panas..tak pun hoorey hoorey kat air sejuk dari gunung ala-ala taman tema air tu...

Bila fikirkan, mesti sunyi lepas ni..lagi-lagi minggu depan suami pun kena outstation di UUM selama 2 minggu..dari penuh rumah sampai alih-alih tinggal sorang diri terkontang kanting..huhuhu...

Moga mereka selesa di rumah saya, risau juga kadang-kadang, takut terlepas laku atau layanan terkurang..takut terlepas kata terkasar bahasa..takut salah bergurau jauh hati...takut lepas ni depa tak mau mai lagi..hehehe..


Saya terima kedatangan mereka dengan hati terbuka, InsyaAllah tiada rasa rimas atau menyusahkan dalam hati ini..orang tua dan kelurga suami saya layan seperti keluarga sendiri, malah mungkin lebih lagi..Niat saya untuk menggembirakan hati suami. Lagipun meriah apa, balik kerja ada orang nak bersembang. Dan yang lebih extra best ialah dapat merasa air tangan ibu mertua...dapat juga tambah ilmu masakan, yang pastinya lepas ini saya praktikkan. Apom lenggang, gulai (kari) ayam kampung dengan betik tua (sedap bangat), gulai (kari) daging dengan umbut kelapa dan cucuq badak (favourite saya) antara resepi mertua yang paling saya suka..ops lupa satu lagi..daging masak cabai..=)


Entah bila diorang nak datang lagi..Lepas balik dari UUM suami ada kursus lagi 6 bulan. Nasib baik kursus kat area-area sini. Tapi memang sangat susah amat nian (nak bagitau betapa susahnya!!) suami nak bercuti dalam tempoh berkursus...huhuhu..Kalau ada masa, memang saya tak akan lepaskan peluang pulang ke kampung..baik rumah mak ayah saya atau keluarga mertua...=)


nota kaki : jangan lepaskan peluang cuba kuih saya kat sini GIVEAWAY : FROZEN RESOLLES




No comments: