Wednesday, March 31, 2010

~My Long Weekend~

Lama x update..x tau nak mula dari mana..kalau ikut hati banyak benda nak story mory..ceritanya begini..bapa mentuaku attending majlis perjumpaan x medic army..ada yang dah 20-30 tahun x jumpa..bapa mentuaku sendiri dah pencen 21 tahun..bayangkan..semua dah tua2..ada datang bertongkat. berkerusi roda, yang dah x larat, sakit2 bawak bekal ubat pun datang...terharu betul..majlisnye simple je..diorang just nak mingle2..makan2 sikit..tanya khabar..bersembang..buka cerita lama..

*dinner yg disponsor organizer-tq chalet Astana Edayu*

*keesokkan hari sebelum pulang, ayah mentuaku bersama teman2 lama..almost 140 orang veteren yang datang..*

*Hubby dan SIL..kebetulan study disana..di Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun Melaka*

*Singgah di pekan Muar pekena Mee Bandung*

*Hubby bersama Aimi, temporary di jaga abah dan mak di kampungku..so far alhamdulillah..aimi sihat..kisah aimi dan kisah aimi 2*

*bergambar kenang2an..orang2 yang aku sayang*

KL-Bandar Melaka-Merlimau-Muar-Segamat-Keratong-Temerloh -Jengka-KL

4 hari dalam kereta..x larat nak bersembang..x larat nak makan..daging tetel*betul ke?*masak asam pedas di Melaka..di Muar pekena sepinggan sorang mee bandung..tapau Lokan on da way ke Tangkak bawa balik ke Keratong..masak lemak cili api campur nanas..Singgah Temerloh makan ikan patin masak tempoyak..Kesudahannya, semalam sampai KL..semua terdampar kepenatan ..hehehe..

Bukan senang nak pertemukan mentua..Sorang di selatan sorang di utara..Alang2 ada kesempatan..sebelum habis nyawa..masa inilah nak bersua bermesra..PIL masih disini..mungkin lama dirumahku..aku pun x tau..keselesaan diorang jadi keutamaan..takut terkurang makan..x cukup layanan...harap hubbyku banyak bantu..takut aku ada terlepas laku...

"Bismillahi tawakkaltu 'alallah,wa laa hula wa laa quwwata illa billah"

Thursday, March 25, 2010

~H.U.J.A.N~

Jam 5.00 petang..Hujan lebat menggila..rasa nak bereksperimentasi..nak jadikan inspirasi..

Puisi H.U.J.A.N..

Sekejap ye..idea belum datang lagi..sekejap.....mmmm....

Ayat 1: Hujan....
Ayat 2: mmmmmmm.....mmmmm...

Idea belum mari...cuba lagi lain kali....
*

*

*

*

*

*
Hujan
Jangan terus lebat begini
takut terperangkap hingga dinihari
Hujan
Aku ingin pulang
menemui insan tersayang..
Hujan....

nota kaki: terngiang2 lagu hujan dendangan arwah Sudirman..

~Mentua VS Menantu~

1 day to go...aku rasa normal bila menantu berdebar2 menerima kunjungan mentua..Ye ke? Ke aku je..hehehe..phisically and mentally prepared!!! Hubby baru balik hari ni..Macam-macam nak kena beli..toiletteries..groceries..and the list goes on and on and on...

Things to do :-
1. Hantar Jojo Bonie ke rumah adikku di Bangi - InsyaAllah malam ni...
2. Shopping groceries @ Hero Taman Dagang Ampang...
3. Kemas peti ais *buang segala tok nenek yang dah rosak..3 bulan lepas punya kuah satay.hehehe*
4. Cuci toilet * kena buat sendiri, x sempat tunggu hubby..huhuhu*
5. Kemas bilik * aduh mencabar sungguh!!.*
6. Laundry * berjaya melipat baju yang 3 minggu terperuk dalam bakul kain *
7. Mop lantai * x boleh buat sebab 2 ekor tu akan ganggu dan usaha menjadi sia2 sahaja*
8. Kutip bulu kat sofa * not exactly kutip..aku x ada vacum cleaner, so beli rolled on pelekat kat Ikea je..boleh la -ni pun x boleh buat lagi sehingga 2 ekor tu dihantar ke rumah adiikku*
9. Hantar surat khabar lama ke recycle centre *Malam ni jugak kena buat*
10.Ambil rice cooker kat kedai baiki peralatan elektrik *dan2 la rosak*
11. Beli buah2an. * top up peti ais sampai penuh*
12. Mandikan Bonie dan Jojo, korek telinga *Mesti buat lepas balik kerja*

Apa lagi ek yang aku termiss...owh..aku akan berjauhan dengan Bonie dan Jojo selama seminggu..huhuhu..

Aku bukanla nak jadi menantu kesayangan, menantu pilihan..cuma nak pastikan kedatangan diorang dirai..Lagipun, aku kenala jaga air muka suami..isteri kan ibarat seperti cermin yang memantulkan refleksi..menjadi kayu ukuran sang suami..kalau buruk perangai dan tingkah laku..tandanya..suami kena banyak baca buku..hehehe..Jadi aku perlu menonjolkan sisi2 yang elok yang molek dihadapan mentuaku..bukan pura2..masa ni lah nak ambil hati mentua..Untung2 suami suka..banyak manfaatnya... *hehehe..rasanya semua isteri tau bila suami happy minta apa je dia bagi* :))

Wednesday, March 24, 2010

~Result HSG Part II~

Sebelum baca entry ni sila


Aku rasa langkah terbaik bagi pasangan suami isteri yang belum mendapat zuriat adalah mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan. Mungkin petua2 lama boleh membantu..Terpulang kepada diri masing2. Ikut keselesaan..ikut kesesuaian. Keputusan mendapatkan khidmat pakar sakit puan ni memerlukan perbincangan yang telus,mata bertentang mata dan dari hati ke hati..Tujuan perkahwinan itu sendiri, salah satunya untuk mengembangkan zuriat, umat Nabi Muhammad S.A.W..

Suami isteri kena sepakat. Jangan ego..Bawa berbincang..Pertimbangkan dari semua segi..Banyak..banyak perkara yang perlu di kaji dari akar umbi..Antaranya...1.Sudah bersediakah fizikal dan emosi 2. Adakah keputusan ini memberi kesan kepada rumahtangga 3. Kewangan, masa, tenaga semua perlu diambil kira..Malu? Kenapa perlu malu??..Takut? Usah takut..yang penting usaha..selebihnya tawakal kepadaNya..

Jadi..tepuk dada tanya diri sendiri..aku cuma memberi pandangan..mulakan langkah lihat kehadapan..umur bukan semakin muda..kalau tidak mulai dari hari ini..bila lagi?? Cuma aku harapkan doa kalian..aku tidak sedih belum dikurniakan zuriat lagi..malah aku bersyukur punya peluang mengenali suami..aku punya masa bermanja..aku ada ruang bergurau senda..bukan aku putus asa..tapi aku tau Allah sudah aturkan dan rencanakan semuanya sejak dari mula...

~Aksi K.U.C.I.N.G..meow..meow~







Pening kepala...kat mana nak tinggal diorang berdua..ada sape2 nak tolong jaga..barang seminggu dua..hujung minggu ni rumah comel ku menerima kedatangan mak dan bapa mertua..takut diorang x selesa..boarding sehari RM15 X 2 ekor =RM30, kalau 7 hari..huhuhu..cuba korang kira sendiri..Izat *adik lelakiku* tolong jaga ek?? nanti angah bagi upah..duit minyak motor, credit telepon..mintak je..please..please..x susah pun..bagi makan, main2 sikit..letak sangkar dengan litter box tu kat luar..
Bonie no problem..Jojo susah sikit..bising..susah makan..tapi jangan layan..lama2 dia ok..so , kira jadi la ni kan?? Esok angah hantar...hehehe..thank u so much..muahmuah!!!

Tuesday, March 23, 2010

~NurelL's Craft First Giveaway~


Fuh..fuh..fuh..1st time join ni.. harap2 ada rezki..
amin...

Tomei2 kan? Bolehlah teruskan aktiviti kraftangan aku yang dah lama tersimpan, terperuk kat bawah katil tu..
kalau menangla..:)
Senang je.. klik item comey disini..

~ Favourite Spot Part 2~


Ingat tak post aku sebelum ni klik sini...Hehehe..comeikan?? Siap bercakau berebut nak duduk atas TV..1 kerja pulak aku nak bersihkan bulu2 diorang..x apa lah..sayang punya pasal..frame gambar ke..newspaper ke..plastick bag ke..memang x boleh tinggal kat atas rak tu lagi..tu da jadi tempat diorang main..kejar2..tido2..bergomol..kalau aku ada terbaring pun, dengan aku2 sekali diorang langgar..huhuhu..

nota kaki : notice tak cat collar kat leher Bonie and Jojo...hehehe..kching..kching

~ Buah C.I.N.T.A ~



Passion fruit, aku beli di kedai buah Ah Meng di Lebuh Ampang...atau dalam Bahasa Melayunya buah C.I.N.T.A*kalau Ah Meng tipu..aku pun tipu la*..Rasa masam2 manis..makan semua sekali dengan biji, belah 2 then scoop dengan sudu je..Aku suka..Hubby pun suka..Makan macam tu pun dah sedap..Makan dengan ice cream lagi terangkat..ice cream yang sejuk dan manis ditambah dengan buah cinta yang masam2..hmmm..sehingga menjilat sudu!!! so yummy...

Monday, March 22, 2010

~Konsert pertama AF8~

*credit to www.murai.com.my*
Weekend tanpa Hubby..Kebebasan menonton TV..hehehe...Pretasi peserta2 di Minggu 1. Not bad, they can do better. A few of them ada tone suara yg SEDAP didengar..
1. Farina: ni yg paling aku ingat..bukan sebab BAGUS tapi HANCUS..Setuju dengan Adlin, lagu Papparazi dah jadi lagu Cindai..macammana dia terpilih top 12 pun aku x tau..
2. Daus: Hampa...Lagu Bali Band ni kalau dia boleh paku*bak kata Pak Nil* memang orang akan ingat dia sepanjang musim la..Sayang seribu kali sayang..
3. Anum: Pening la tengok ini adik..banyak sangat karekter..dalam diari pun sama..
4. Ain: Tunggu la jugak persembahan dia..biasa je..Konsert Tirai dapat pujian melambung..
Yang lain belum betul2 menonjol..antara yang aku ingat Shahir, Shah, Addira, Ema, Nad...
Result semalam Shah yang terkeluar..komen:- x kesah pun sesape..hehehe
p/s :- Rasanya ni kali pertama dan terakhir *mungkin* aku dapat tengok AF..Kalau Hubby aku ada confirm dia tukar channel..

~B.O.S.A.N Nian~

*gambar tiada kena mengena dengan entry ni..cilok kat internet..*

Sungguh aku BOSAN....huarghhhhhhhh..kali ni rasa macam lama je Hubby masuk hutan...Cepatla balik yang!!!

Aku mati kutu..duk mengira masa berlalu..TV on 24 jam..aku takut kesunyian..Bonie dan Jojo berlari2 mengejar sesama sendiri..tidak dapat mengubat hati...yang gundah gulana dirundung sepi..Huwaaaa

nota kaki : Nian = amat, teramat, sangat, sungguh dan yang sama erti...


Friday, March 19, 2010

~Berkhidmat untuk negara~


Hubby ku masuk hutan..Bukan untuk operasi, tapi bawak budak2 training..aku kena tinggal sorang2 seminggu..Malam semalam hubby nyanyikan lagu ~inilah barisan kita~yang ikhlas berjuang~ hahaha..nak tergelak jap..puncanya, aku merungut..kata Hubby kerja didahulukan, isteri bukan keutamaan..huhuhu..sadis betul..~inilah sumpah pendekar kita~menuju medan bakti~...
SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!!

Wednesday, March 17, 2010

~Char Koay Teow~

Lagi 1 favourite aku..Rasa macam H.E.B.A.T je bila masak char koay teow ni...selalu tengok dekat pasar malam..1st time aku buat, koay teow kembang sebab kuah dah kering..Dari pemerhatian aku..kunci utama nak masak char koay teow ni ialah api besar+kuali panas+cepat+tangkas!!!! Sekarang, kalau rasa nak makan,memang masak sendiri..puas hati!!

Bahan2:- Udang, kerang, cili boh [kalau nak blend sendiri pun ok, aku x sempatla..;)], koay teow, taugeh, kucai, kicap macam2 [kicap cair, kicap manis], sos tiram, sos cili & telur...
Tips:-
1.Make sure barang2 yang nak masak tu semua ada kat sebelah, senang capai..ketangkasan amat penting!!
2. Bancuh siap2 kicap..campurkan kicap manis + kicap cair + sos tiram + cili sos + garam + serbuk perasa. Tambahkan air (jangan pekat sangat nanti masin) dan panaskan. Kenapa perlu panaskan?? sebab..kita nak pastikan masa memasak tu singkat dan koay teow x kembang..
3. Ni paling penting..kena masak satu2.untuk sorang makan..macam kat pasar malam tu..kalau masak sekali banyak, susah nak handle..especially dapur kat rumah biasanya api kecil..
Cara2 membuatnya:-
Tumis cili boh sampai masak..masukkan udang (x payah rebus dulu pun x apa cos udang sekejap je dah masak) dan kerang(rebus dan kopek isi). Masukkan koay teow, kacau sebati, bila koay teow dah lembut campurkan taugeh dan kucai. Cepat2 masukkan bancuhan kicap panas dan terus pecahkan telur. Kacau sekejap je, tutup api dan angkat. Kalau biar lama2, nanti kuah kering dan koay teow kembang..hasilnya..TADAAA..
*
*
*

Tuesday, March 16, 2010

~Favourite spot~

Tempat lepak baru..siap nak main lagi bila gambar kat tv tu bergerak2...ni aku snap masa 1st time nampak Bonie lepak kat situ.sekarang siap berebut lagi dengan JOJO..comel je aku tengok..

TV siries melayu yang aku tengah follow sekarang ni..ala2 muzikal gitu...hasil karya KRU production..bolehla layan..Hubby aku naik menyampah kalau aku tengok cerita ni..hehehe..aku siap nyanyi2 lagi..
Nantikan Hotel Mania @ TV3 jam 9.00 malam...
Hoooteeel Maniiiaaaa.....

~Tortilla ala 1Malaysia~

Roti tortilla merupakan sumber karbohidrat yang sedap di makan..Berasaskan kentang dan lebih ringan dari roti pita atau roti lubnan..Boleh dibeli di supermarket2 di sekitar Malaysia..eceh!!! Selain dari roti wholemeal, aku juga suka makan roti tortilla ni..boleh buat cicah2..beli kari kambing mamak ke...makan dengan sardin pun sedap!!! Marvellous...

Panaskan roti tortilla dalam kuali tanpa minyak...ayam dipotong nipis @ kecil2..untuk menggoreng aku prefer olive oil..tumis bawang putih yang dicincang halus..biar wangi masukkan ayam dan black pepper secukup rasa..ayam tu cuma sautéd bukan deep fried ye!!! hehehe..

Sebelum wrapkan tortilla ni, sapukan mayonis dan thousand island..letak salad(kobis, tomato, daun ketumbar, salad butterhead..depends kegemaran masing2) dan ayam..sos cili jangan lupa..

Monday, March 15, 2010

~Rawang-Kuala Selangor-Pantai Jeram~

Sementelah Hubby ada kat sini..aku jalankan misi menyurvey rumah..1st destination..Rawang!!! Kenapa aku pilih Rawang??
1. Rumah mampu milik
2. Landed property
Lokasi memang jauh..dalam 40km dari pusat bandar KL..Sebenarnya..x ada specific lokasi.kitorang just nak jalan2 dulu..tengok2 dulu mana yang berkenan..Alang2, aku nak ke Kuala Selangor, tengok kelip2 dan makan seafood..Jalan ke Rawang especially ke Bandar Tasik Puteri (BTP) memang jam..lagipun jalan agak kecil..Tapi, bila sampai ke BTP...totally berubah..tenang je..mungkin sebab weekend kot..Antara rumah yang sempat aku tengok...
Ni single storey house..siling tinggi, so nampak luas..3 bilik 20X80..tapi rumah ni standard, owner x buat apa2 pun..renovation cost pun kena kira..mmmm....


1 1/2 storey house..fully renovated..dalam 1500sq ft..secara lahiriah..eceh..dari luar nampak cantiklah..tenant x bagi masuk kalau x ada agen atau owner..so x boleh tengok dalam..owner baik siap nak bagi special price kalau kitorang nak beli...mmm..pikir dulu..
Lepas tengok2 rumah dan area BTP ni kitorang terus pergi Kuala Selangor..on da way lalu Kg. Kuantan tempat tengok kelip2..tapi pukul 8.00 malam baru boleh masuk..RM40.00 untuk satu bot (muat 4 orang)..Lain kali je la..Misi mencari ikan bakar...

Misi berjaya!!! Tapi bukan kat Kuala Selangor..Pantai Jeram..1st time kitorang dengar tempat ni, orang kat DePalma Kuala Selangor yang suggest, puas pusing pekan Kuala Selangor tu..yang ada semua Chinese Seafood....dalam 1/2 jam jugakla nak sampai..huhuhu
Ini je yang sempat aku snap..Ikan jenahak bakar..hangus..75% je yang boleh makan...40 minit menunggu baru sampai..udang batter dengan kepah masak halia x sempat nak snap pun..mood dah lari...huhuhu..Cuma tempat ni murah gila..datang lagi??? x kot...hehehe....

Kerang yang aku beli di Kuala Selangor..aku nak cari kepah..tapi x ada..kerang pun kerang la..saiz besar sikit dari biasa..kerang ni aku masak halia bercili..tapi cili letak sikit je sebab Hubby x suka pedas...Bahan2nya cuma bawang putih, cili hidup, halia dan serai dititik..tumis sekejap sampai wangi..jangan lama nanti hangit..masukkan kerang..biar sekejap...bila kerang dah mula ternganga atau tersengih...angkat...siap!! senangkan...:)

~Result HSG~

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah s.w.t..kalau ikutkan surat dari Hospital Tawakal tu, result HSG aku ok..Apa2 pun aku still kena jumpa Doktor kat LPPKN untuk dapatkan keputusan penuh sperm & blood test. Kalau x ada masalah, kemungkinan besar aku akan diberi ubat kesuburan (aku rasala)...Tapi semua ini bergantung pada rezki..Kalau Allah nak bagi, Alhamdulillah..Kalau memang sudah tertulis, dah direncanakan olehNya.. aku dan Hubby akan redha..Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan sudah tercatat di Loh Mahfuz dari azali lagi...
Catatan Tuhan
Kalam Loh Mahfuz mencatat…
Dan sesudah mencatat…
Lagi mencatat…
Segala doa dan ikhtiar…
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi….
Biarpun hanya sekerat baris……..
Pun seberapa banyak air mata….
Sepatah pun tidak akan terhakis…..
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi.
~ nukilan penyair Umar Khayyam ~

Thursday, March 11, 2010

~Mood Malas~

Huhuhu...malasnya.....huarghhh!!!Hari ni bos cuti..hurray x buat apa pun dari tadi..heheheh..
Esok cuti, appointment HSG...
Sekarang, aku tengah google resepi...aku nak masak capati, cicah kuah dhal, confirm jilat jari..
Nampak sangat tak buat kerja kan?? Hehehe..curi tulang...
M.A.L.A.S ni penyakit..kalau x ubat..melarat..
Macam kurap..garu2..sedap
Sedar2 dah besar...
Huhuhu..apa aku merapu ni...
Aku dah mamai..macam kena ubat pelali..
Inilah jadi kalau bos aku cuti..
hehehe..ambil kesempatan..rehatkan diri...

Tuesday, March 9, 2010

~So U Think U Can Dance~

Love this show so much..Monday 9.00pm @ AXN...Sanggup la berebut remote control dengan Hubby..Nasib baik Hubby tidur awal semalam..fuh!!


Beautiful host..very2 sweet smile..Cat Deeley
Russel Ferguson
One of the contestant yang aku minat..

Mollee Gray..cute gila..terpegun la kalau tengok dia menari..
Aku memang suka la kalau tengok show2 yang macam ni...Tapi bukan Tari Tirana ye..macam hampeh!!

Monday, March 8, 2010

~Weekend @ Home~

Weekend kali ni aku dan Hubby hanya lepak kat rumah je..Cuaca panas membantutkan minat aku keluar jalan2..hehehe..Sabtu malam, dinner dengan kawan Hubby kat NZ Jalan Ampang..Ahad pagi cucuk vaksin Bonie..jap tu dos dia rendah je..Vet cakap mungkin Bonie akan demam..Balik rumah dia melepek je..Kesian sangat, jadi aku masakkan ayam rebus favourite dia. Makan sikit je Jojo yang tolong habiskan. Pagi tadi Hubby bangun tengok Bonie dah muntah....mmm...
Sepanjang hujung minggu ni aku memasak..nak polish balik skill yang dah berkarat..masakan aku tak termasuk roti bakar, telur 1/2 masak, baked beans,sosej...hehehehe....

Maggi Goreng
Sama macam nak masak mee goreng. Bawang merah, cili api dihiris dan tumis sampai wangi. Masukkan udang. Tambah kan sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan maggi. Kacau sampai sebati.

Ikan siakap masak 3 rasa
Goreng sampai garing ikan siakap. Hiris bawang merah (aku suka pakai bawang besar), halia, bawang putih, cili api, serai.Tumis sampai wangi. Masukkan buah tomato yang telah di dadu. Tambahkan sos cili, tomato, kicap dan sos tiram. Masukkan lada benggala. Setelah pekat tuang ke atas ikan dan hiaskan dengan daun bawang.
Sup sayur campur
Campak je semua sayur..Ni lauk orang malas..hehehe..Sebenarnya aku nak masak sayur campur je, tapi sebab tak ada kuah aku jadikan sup..
Salted Egg Yolk Fried Rice
Dalam bahasa melayunya Nasi Goreng Telur Kuning Masin..:) Betul la kot..aku dapat resepi ni dari rancangan Ho Chak kat channel 703. Cara2 membuatnya(untuk 2 orang makan). Rebus 2 biji telur masin, ambil telur kuning sahaja dan hancurkan. Tumis bawang putih dan cili api. Masukkan seafood. Setelah masak, masukkan telur kuning dan nasi. Gaul sampai rata. Akhir sekali masukkan sayur ikut suka..
Sekian, terima kasih...;)

Friday, March 5, 2010

~Ish..ish..kepenatan~

Semalam, hampir 1 jam aku tunggu Hubby kat LRT Star Titiwangsa. "Jalan Ipoh itu jam yang amat", kata Hubby. Aku menunggu penuh sabar dan sedikit geram *ada isu di ofis yang agak menjengkelkan..ggrrr* Sampai rumah dalam pukul 6.00 lebih, baru perasan biskut kucing dah habis...huhuhu

Seperti biasa aku siapkan dinner, Hubby pulak terpaksa balik ke kem selepas isyak..Jadi, aku kenala bertindak pantas!!..Hasilnya ialah.....jeng3....


Grilled chicken breast with mix vege
Biasanya separuh dada ayam tu belah 2 supaya x tebal sangat, ketuk dengan pelembut daging, gaul dengan garam dan mix herbs. x payah perap lama2 pun dah ok. masak dalam 10 minit. Sos, aku pakai yang botol je..hehehe..cepat..sos lada hitam ada, bbq ada..sos cili lagi la. Jangan lupa thousand island untuk dimakan bersama mix vege tu..Cuba la try..confirm sedap..yummy!!!
Ini ubat2 Jojo. Yang cecair tu antibiotik. kena pakai syringe. 2 kali sehari. every 12 hours. susah tau. Jojo tu bukan pandai duk diam. Pagi tadi bila aku bagi antibiotik ni, aku angkat Jojo duduk atas sinki, so senang la nak pegang mulut dia, lengan tekan badan so x banyakla dia gerak..Tapi si Bonie pulak lompat kat belakang aku. Nak join sekali..Adoi..pedih2..

Hehehe..saje nak post gambar fridge magnet ni.. collection aku dan Hubby... X kesah ape pun, asalkan comel je..kitorang beli...
Kad klinik Jojo and Bonie. Jojo check up kat Hayward Animal Clinic (opposite Ampang Point). Bonie kitorang check kat SPCA cos adopted dia dari sana.
Sekian, aku yang kepenatan semalam..hehehe...

Thursday, March 4, 2010

~ HSG ~

Appointment for HSG next Friday 12.03.2010 10.00am
@ Tawakkal Hospital
Sepatutnya last cycle dah buat HSG ni, tapi di sebabkan betapa x efficient nya Hospital Ampang Puteri *Specialist tu!!* jadi aku terpaksa tunda dan tunggu cycle bulan ni..Anything happen, whatever result yang aku dapat..aku dan suami akan redha..But, deep inside our heart, we are praying so hard that everything will turn just fine...

~Poor Little Jojo~

Yesterday was Jojo's appointment with Vet. Apparently she was not in a good condition as per vet she might has virus in her stomach or colon. Vet took her temperature through her bon*** and there was blood in her poo poo..slightly only..Maybe that was the reason she's mengiaw so loud the night before. She seems ok to me. Her poo poo was ok, eat well and even a lot!!.. she also has to change her ear drops.

Somehow, Jojo is under medication at least for a week or two. Antibiotic to be finish before next appointment and also the ear drops.. It's not easy to give medicine to cat okeh!!!

Wednesday, March 3, 2010

~Hoooray..hip2 hooray!!!~


Berita best..berita best..mess nite x payah pergi..Mr. Hubby baru je roger..Tapi...*ni yang x best ni, ada tapi2 la plak*...
Kena pergi Hi-Tea Bakat ...Sabtu jam 3.00 petang..

~Nervous!!!~


I'am really nervous rite now!!! *screaming loud*
Need Mr. Hubby by my side...huhuhu

Tuesday, March 2, 2010

~Bubur nasi berlauk~

Dah lama Hubbyku teringin nak makan nasi air berlauk yang selalu jual kat kedai makan kelantan/siam. Tapi dekat area rumah aku ni, gerai2 makan semua dah di robohkan. Paling dekat aku yang aku tau kat area Kampung Baru. Jadi, semalam aku masakkan bubur nasi ayam dan lauk pauk untuk Hubbyku. 1st time makan bubur nasi dan lauk sebenarnya. Not bad! Boleh buat lagi lain kali...hehehe

Bubur nasi Maggi instant. Tapi selalunya hancurkan beras dengan blender then rebus nasi seperti biasa, kacau selalu supaya x melekat dan hangit keraknya...


Sambal ikan dan ayam goreng kunyit bersama kacang buncis*hubby's favourite*

Monday, March 1, 2010

~Al-Fatihah Syafia Humairah~

Syafia Humairah
Sadis! Kejam! Sebenarnya tiada perkataan yang dapat digambarkan. Apa yang aku tak faham, dimana ibu dan kaum keluarga. Jiran tetangga apatah lagi. Memang tak ambil peduli.Siapa yang ada disisi arwah selama ini. Aku rasa ini bukan kali pertama arwah diperlakukan sebegini. Menurut saksi, arwah sikit pun tidak menangis bila disepak, ditendang, dipijak dan dilempar oleh suspek yang arwah kenali.....
Kenapa ibu dan keluarga arwah perlu menangis..menagih simpati..memohon masyarakat memahami..hipokrit!!! Menangis air mata darah sekali pun, arwah x kan kembali..aib dah terbongkar..baru nak menyesali..Please lah...Sikit pun aku tak peduli, bagiku arwah bukan milik mereka lagi...semasa hayatnya dia dipersia..tidak dipeduli..menanggung derita..seorang diri.
Anak ini amanah Allah..Ingatlah..Al-fatihah....