Wednesday, May 4, 2011

Udang Goreng Butter

Tak berapa cantik kirai2 telur tu. Saya ikut resepi dalam surat khabar tak tau bila punya. Sebenarnya sangat la simple resepi udang goreng butter ni. Tapi kena ada skill..Kalau tak memang tak jadi. Cubaan pertama saya bagi 3/5 markah je..ngeh..

Resepi dalam surat khabar:

Bersihkan udang, keringkan sikit dan lumurkan dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak panas. Bila dah kekuningan tu, angkat dan ketepikan.

Panaskan butter/mentega. Saya pakai dalam 1 cawan lebih sikit. Cairkan dan biar betul2 panas. Sambil tu pecahkan 2 biji telur tambah susu cair dan pukul. Bila butter dah panas, tuangkan adunan telur dan kacau laju-laju. Tuang sikit2. Kacau sampai berbuih. Bila da mula berbuih tu boleh masukkan daun kari dan cili merah yang dihiris. Masukkan udang yang telah di goreng, biarkan seketika, pastu angkat dan toskan.

Mula-mula memang saya ikut resepi surat khabar. Tapi masa tuang adunan telur dalam butter, dia tak jadi jurai2 pun, jadi pekat macam nak buat omelet tu. Tak berbuih pun. Mungkin tak cukup banyak kot mentega yang saya guna. So saya pun kena la kreatifkan. Cepat2 panaskan kuali lain. Tuang minyak macam nak goreng ikan tu, biar betul2 panas pastu tuang balik adunan telur yang saya dah masukkan dalam butter tadi. Kacau laju2, barulah buih2 halus tu keluar..Fewh..lega...

Lain kali mungkin saya nak olah kot resepi ni. Instead of pakai butter je. Saya nak campur minyak masak dan butter.

Rasa memang sebijik macam kat kedai...=)

p/s: saya pernah baca kat blog mana tah, kalau nak cantik halus2 je telur tu. Tuang pakai acuan roti jala..


3 comments:

SyaNa said...

sedap nye
ni kalo dpt udang besar2 syiok ni

Anonymous said...

Thanks for the recipe and technique. Lama saya cari this resipi tapi sumer tak jadi, but your picture look almost like in hotel or kedai. I will try your technique. Thanks so much!

Hashimah Hashim said...

Sy wat. Taruk minyak n butter. Tp xjd. Minyak btakung... Huhuhu mungkin telur sy byk. Atau susu lbh.