Tuesday, October 12, 2010

~ Cinta Perlu Subur Seiring Usia ~


Ada apa dengan cinta??? Movie yang pernah menjadi kegilaan saya pada satu masa dulu...Rangga!! Tidur malam x lena penangan panahan mata Si Rangga ini..masa itu suami (belum kahwin lagi) pun nak di panggil Rangga. Romantisnya Rangga..mau suami pun seromantis itu..:)

Lelaki yang romantis ni bagaimana ya orangnya..Tegap gagahkah? Lemah lembutkah ? Berwajah tampankah? Senyumannya manis menawankah?...Subjektif kan...hanya isteri @ kekasih hati je yang tau..Wajah @ tubuh badan bukan kayu pengukur.. tapi sikap & keperibadian...Cinta saya pada Allah itu yang no. satu. Tiada persoalan tiada keraguan dan tidak akan dibincangkan...

Cinta yang ingin diperkatakan adalah cinta dalam perkahwinan. Bagaimana mau semarakkan..biar api cinta itu senantiasa menyala2..menerangi rumahtangga agar tidak kosong & dingin tanpa cinta..saya cuma ingin kongsi apa yang dibaca, moga saya pun boleh praktikkan dan jadikan amalan.

Nama panggilan yang manja @ exclusive.
Mestilah panggilan yang sesuai. Hanya antara suami isteri. takkan jiran tetangga pun nak panggil ayang anje. Dan jangan malu nak menyebutnya. Depan keluarga atau kawan2 tiba2 je selama ni panggil ayang jadi awak pula...x sesuai..biarlah nampak mengada2 pun..kita bukan mengada2 dgn orang lain..dengan suami kita juga..=)

Pelukan @ Ciuman @ Berpegangan Tangan
Jangan malu jangan segan..halal!!..=)...Kenapa mesti rasa malu..jalan berpimpinan tangan @ sesekali merangkul pinggangkan seronok..Kalau di rumah lebihla lagi..duduk dekat2 peluk erat2..sesekali makan bersuap..jangan ambil mudah..x kira la suami @ isteri. Perkara2 kecil seperti cium dahi, potong kuku, korek telinga dapat eratkan hubungan. Untuk suami isteri yang bekerja pula jangan lupa peluk cium sebelum keluar rumah. Jangan menonong keluar tanpa ucapan, dakapan yang erat pasti membuat pasangan teringat2...=)

Ucapan Sayang & Cinta
Mungkin ramai yang kata, x payah sebut hari2..mestilah sayang, x kan tak tau..dan macam2 lagi..Susah ke nak sebut perkatan tu..kalau dalam bahasa melayu memang agak 'geli' nak menyebutnya. "saya sayang awak" @ "ayang sayang abang' tapi kalau cakap omputihkan senang "i lap u". x sampai 3 saat pun. Kalau sehari cakap 10 kali boleh? Mestilah boleh...setiap kali sebelum letak telefon boleh cakap, sebelum keluar rumah pergi kerja pun boleh cakap, sebelum tidur pun boleh cakap..banyak masa kita boleh cakap..nak @ x nak je..nak lagi syok tambah muahmuah kat hujung tu..hehehe..=)

Saya pernah terbaca ayat ini(x ingat kat mana).."Lelaki suka pada perempuan yang manja, tapi jangan sampai mengada2".Jadi bermanja @ manjaila suami @ pasangan kita.

Itu je yang saya nak kongsikan. Ini semua dari pembacaan & pengalaman saya..(pengalaman 2 setangah tahun kawen..hehehe) Mana yang elok jadikan teladan, yang x elok tu kita saling ingat2kan. Sekian..=)

nota kaki : cam penceramah bebas...=)

2 comments:

PUANSTOBERI said...

Cita AADC ni mmg membuatkan saya tingat2 kesah ms final sem kat UiTM dulu. Tak buleh tgk la..mesti tingat 'cinta lama'. heggrhh... ngeh ngeh ngeh :P

Asma said...

time AADC ni, boleh tgk ulang2 kali..comei gila..time ni la start ramai yg suka ngn cite indon..hehehe