Monday, October 25, 2010

~ Lama x update ~

Macam lama je saya x update blog ni. Hari2 pun bukak. Hari2 pun tulis satu baris. =)

Bulan ni saya mula makan clomid, sepatutnya saya buat appointment di LPPKN sebaik sahaja hari period pertama, tapi disebabkan saya period pun dah petang jumaat. Sabtu dan ahad of course lah LPPKN tu tutup. Jadi setelah berbincang dengan suami, saya ambil clomid di klinik biasa. Jika tiada rezki juga bulan ini dan period saya pada hari bekerja bolehlah saya teruskan rawatan susulan di LPPKN. Tapi masih buat pertimbangan.

Clomid ni kena ambil selama 5 hari. Samaada mula hari ke-2 @ hari ke-3 (sila dapatkan nasihat doktor untuk info yang lebih tepat ye). Saya mula mengoogle simptom2 bila makan clomid ni. Saya mula rasa simptom kepanas2an sejak dari hari ke-3 maka clomid. Kalau tidur siap berpeluh2. Dan yang paling teruk simptom 'mood swing'. Ini saya kurang pasti samaada kesan dari makan clomid @ saya melayan emosi sendiri..=)

Bad mood, nak nangis je, hati senang terusik, naik hangin..dah macam taufan melanda...suami pun komplen..tapi saya cuma kata inilah kesan sampingannye..hehehe..kadang2 rasa macam saya je melebih2..layankan sangat..

Bab panas memang terasa..air 2-3L tu selamba je saya minum..kalau bergerak lebih sikit memang basah melencun.

Saya pun rasa malas mengupdate tu adalah kesan sampingan dari clomid. Sekian...=)


3 comments:

Cik Ina said...

selain panas..setengah org akan mgalami pningkatan berat badan..mcm saya..sy try gan clomid lama jugalah tapi still tkde rezeki..iui pun dah buat..skrg ni saya redha jelah...asma, good luck!!

puanstoberi said...

uh hai..LPPKN..LPPKN..bila la saya nak ke sana ni? hemm....

Asma said...

latina thnks..mood baru nk kembali ok ni..=)

reen, x apa..plan2..ambik satu lankah dalam satu masa..chaiyok!!