Tuesday, October 26, 2010

~ Sekadar ingin menulis ~

Saya menulis kerna apa???  Mungkin saya mencari medium untuk luahkan perasaan. Kadang2 ada benda yang x boleh di bawa berbual. Takut nanti dikatakan poyos. Jadi bila menulis ni suka hatilah nak tulis apa pun. Tiada siapa yang larang tapi masih ada etikanya. Janganlah mencarut, memaki, menghamun, memprovokasi, memfitnah dan menyebarkan perkara2 yang boleh mendatangkan masalah.

Penggunaan bahasa dan gaya menulis juga terpulang. Ada yang suka menulis dengan gaya yang senang didekati (bahasa rojak/slanga etc) dan ada yang suka mengekalkan ciri2 penulisan macam zaman sekolah menulis karangan SPM kertas II. Saya dua2 pun suka. Sekali-sekala nak huhahuha, sekali sekala nak serius. Tengok mood juga.

Bila dah berumur begini baru saya sedar betapa saya ni susah diajak berbual jika berjumpa kali pertama . Contohnya..jika saya hadiri course @ paling simple kelas memasak yg baru saya pergi baru2 ini. Dah separuh hari baru saya bertegur sapa. Selebihnya saya hanya tersenyum. Takut dikatakan sombong pula. Kadang2 bila saya diam itu bukan bererti saya bad mood atau marahkan sesiapa. Memang jenis saya begini. Bila dah berborak tak tau nak berhenti..=)

Maka menulis ini seolah2 memberi saya ruang berkenal2..Mungkin di alam maya ini pun saya x semesra mana. Jarang sangat saya tinggalkan komen @ bertegur sapa. Tapi, ketahuilah tiap2 pagi sebelum mula bekerja cerita kawan2 bloggerslah yang saya cari. Buat bekalan semangat sepanjang hari..=)

Jadi saya akan terus menulis. Menulis segarkan minda saya. Menulis dekatkan saya dengan sumber2 ilmu. Menulis buka ruang supaya lebih terbuka. Menulis buat saya tersenyum. Dan menulis juga antara cara saya tenangkan hati dan bergumbira..lalalalala..

nota kaki: suka juge menconteng...=)
 
 
 
 

3 comments:

buyuiazliana said...

teruskan menulis..saya sokong..

Asma said...

terimas atas sokongan..ngeh3..selagi aku daya akan aku teruskan yui..

Anonymous said...

check this out tramadol withdrawal vomiting - tramadol hcl time release