Tuesday, October 12, 2010

~ I Loikeee Malacca ;) ~

Biorle org nak cakap ape..Kitorg laki bini dah jatuh cinta ngan Melaka..Walaupun panas, tengah hari rembang, berjalan dengan baju kurung lagi (baru balik kenduri kawen)..tapi saya hepi..Adik suami kan study kat Melaka (maktab), ada la 3-4 kali jugak pegi tengok dia, tp x pernah terlintas nk masuk town @ ronda2 Bandar Hilir ke apa. Skeptikal sikit (standardla)..org ramai..panas..dah pernah pegi sekolah2 dulu..Tapi kali ni, bila on da way nak hantar adik tu tengok jalan x jem pun. Ape lagi..berdesup masuk ke Bandar Hilir. Mungkin sebab bukan cuti sekolah, jadi jalan clear..org pun x sesak mana...

Kitorg nak repeat lagi dalam masa terdekat ni, kalau boleh sebelum cuti sekolah ni..Cari hotel tidur semalaman, boleh jalan kat Jonker Street malam2..Nak pergi Umbai makan ikan bakar..nak panjat A Famosa. Nak naik bot menghilir (hentam je la) Sungai Melaka, nak naik yang benda alah Keris Taming Sari tu nak tengok Melaka dari udara. Nak cari segala telaga Hang Tuah, Hang Lekir 5 bersaudara (ada ke??). Nak shopping kat Melaka Parade, jalan2 kat Dataran Pahlawan dan kalau sempat naik beca 1-2 round. Nak masuk segala tok nenek muzium yang ada, nak makan asam pedas, masakan baba nyonya dan makan banyak2 dodol melaka (sungguh saya suke)...

Hehehe.. banyakkan aktiviti yang saya nak buat..serius..ni semua ada di Melaka..x sabar menunggu trip ke Melaka lagi..


Kenduri Kahwin di Kg. Lendu (ye ke??)..Pasangan pengantin yg sama tinggi sama padan..kitorang nampak rendang je..huhuhu


Masjid TENGKERA, berhenti sembahyang n masjid ni antara yang tertua di Melaka..

Adik kesayangan suami..awal2 kawen dulu ramai yg cakap saya dan adik ipar muka lebih kurang sama..ye ke??


Sini bina yang cantik ada unsur Melayu, Cina & India...

2 gambar kat bawah ni sama tapi x serupa..hehehe




awat muka cam nak nangis ni...huhuhuh


Eye on Malaysia da x da kan?? (org Melaka tlg confirmkn)

Banyak tempat2 yg menarik..kalaulah ada...dslr.....










Ini ler antara yang sempat saya pusing dalam masa 3 jam di Melaka. x cukup tu...paling tidak pun sehari suntuk baru puas hati...Melaka...tunggu kedatangan kami di lain hari...muah....=)

5 comments:

PUANSTOBERI said...

Huhu..Reen blaja kat Melaka. 5 thn. tp tak abis menjelajah melaka tu. Makan ikan bakar kat Umbai pun tak penah.
Eh..kat Lendu yer..alamak..kenangan di UiTM tuh. hihik..
Ekceli mmg bes lah melaka. Mcm 1 stop centre kekdahnya. hihi

SyaNa said...

mmg best melaka.asam pedas terbaekk
aku pernah solat kt masjid tu
time msk tu xde org.ala2 rasa seram jek aku rasa

Asma said...

Reen
aah, cam 1 stop centre..itu yg suka..lgpun best pe cuti2 dlm Malaysia..(org x g cuti oversea mmg ckp cm gini..heheh)

syana
best kuasa 3. aku suka dagig tetel masak asam pedas siap bungkus balik..ikan..kurang sikit..hehehe..

buyuiazliana said...

satu hari je x ckp beb ko nk ronda sume...seriyess...

Asma said...

sehari x cukup ke yui..x pe aku extend jadi 2 hari..=)