Wednesday, October 6, 2010

~ Berita Macam2 ~

Macam2 yang jadi dalam 3-4 hari ni..Berita terkejut pun ada..Sebelum ini ada 1 entry tentang rezeki yg tiba2 datang tanpa disangka. Sebetulnya saya dapat sms dari seseorang. Sms yang buat saya menggeletar dan teramatla terkejut...hamba Allah ini ingin mencari family anak angkat untuk anaknya. Baby girl dan dah nak masuk 2 bulan. Hamba Allah ini dalam dilema, sama ada nak simpan @ serahkan anak ini. Cuma masalahnya , pasangan ni dah sayang pada baby ni dan kalau nak cari family angkat pun nak yg x putuskan hubungan mereka dengan baby ni..Macammana hamba Allah ni boleh contact saya???..hehehe..saya yang gatal tangan tinggalkan contact no di satu forum.

Tapi setelah dibincang dengan lebih mendalam bersama suami dan family. Mungkin belum rezki saya untuk miliki anak ini. Dan yang paling surprise saya dan suami dah jumpa pun hamba Allah dan anak ini. Ainul Qistina...nama secomel wajahnya. Kalau ikutkan hati..memang saya dah suka, suami pun sama. Tapi keputusaan macam ni kena libatkan family. Tapi, kami dah bincang dari hati ke hati denga hamba Allah ini. Apa2 pun keputusan,kami semua akan terima..lagipun pasangan hamba Allah ini masih belum buat keputusan apa2. Cuma hamba Allah ini yang bersungguh2 carikan family angkat, sebab fikirkan masa depan anaknya.

Dan yang lebih surprise lagi..hamba Allah ini sungguh kuat semangat menjaga anak ini walaupun dia lelaki. Berselang seli menjaga anak ini dengan pasangannya. Cuma sekarang dia dalam keadaan yang tertekan kerana tidak bekerja. Masing2 berenti kerja bila dah jadi perkara ni (mengandung). Dan part yang paling saya sayu bila dia cakap dia x berharap sangat saya ambil anak ni sebagai anak angkat, tapi dia harapkan saya dan suami boleh bagi nasihat @ sokongan kerana dia sudah buntu dan x nak lagi bergelomang dengan dosa.

Nasihat saya kepada Hamba Allah ini. Jika betul sayangkan anak dan pasangannya, bagitaulah keluarga. Buang segala malu itu. Mohon ampun pada yang Satu dan panjatkan doa kepadaNya agar keluarga dapat menerima. Cepatkan la uruskan pernikahan, lupakan angan2 untuk bersanding meriah bagai pasangan yang normal. Perkara yg telah berlaku tidak boleh diundur. Cuma masih boleh diperbetul. Memang pahit untuk diterima tapi itulah hakikatnya. 

nota kaki : sedih bila teringat anak comel yang mulus itu


4 comments:

wawa said...

alah sedihnya ma....muda lagik ke org tu?

Asma said...

aku tgk lagi sedih we...kesian pun ada...umur lam awal 20an..baru abis belajar dan da mula keje..tapi aku tabik gk kt dia sbb uruskn dr a-z hl anak ni. buat kad merah supaya anak boleh cek up kt klinik kesihatan n buat surat beranak w/pun x blh bintikan nama dia...dia tebalkn muka demi anak ni...

buyuiazliana said...

ya allah..tp kalau mmg rezeki anak ni dgn ko ke...ok jugak..doakan yg ternaik utk dia...dan to the baby's parents aku doakan hidup dia sejahtera n bersyukur maybe diaorg dh insaf dh kan ?

Asma said...

ikut ati mmg nak yui, tp aku pun nk smbung rawatan tuk diri sendiri. mungkin x de rezki aku lg..itu la..moga dia da insaf n nak berubah...lupakan yg lepas, buka buku baru..pikirkn masa dpn..dia dan baby tu juge...