Setelah dibincang-bincang saya dan suami mulakan perjalanan ke Sungai Buloh selepas solat Jumaat. Melalui tol Jalan Duta hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Jalan tak banyak kereta macam ini jalan ana yang punya...=)
Misi mencari pokok bunga. Tapi tak nak yang berbunga-bunga..nak dedaunan kehijauan yang tak memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk jalankan proses fotosintesis atau dengan kata mudah nak beli pokok yang boleh hidup dalam rumah. Kebanyakkannya pokok jenis keladi.
Pusing-pusing selepas keluar tol menghala ke Hospital Sungai Buloh dan ada 1 simpang yang tunjuk ada nursery bunga dihadapan dan bila sampai bersusun nursery bunga sebelah menyebelah dan ada yang jarak 500m antara 1 sama lain..
Ini contoh pokok yang tak memerlukan sangat cahaya matahari, tapi tak beli sebab harga RM70. Cari yang kecik sikit la, lama-lama jadi besar macam ni jugak..
Ini sebenarnya pokok idaman...kalaulah rumah banglo sebiji atau teres corner memang saya rembat pokok ni..
Lagi contoh pokok-pokok yang sesuai letak dalam rumah..ini saya suka, tak serabut sangat..cari yang satu pokok satu pasu..simple..
Ini pula sesuai untuk yang ada laman la..memang kena cahaya matahari 100%..cantikkan kalau buat taman letak pokok-pokok ni..saya suka..=)
Ini water fountain yang simple..kitorang sempat singgah kedai yang jual water fountain yang cantik-cantik, tapi setakat cuci mata je..(lupa nak amik gambo)
Kalau tengok bonsai-bonsai ni memang tertawan hati la..harga je yang merobek hati..tak mampu wei nak beli..
Kalau bunga-bunga, saya suka bunga kertas..old time favourite..tahan lama ..senang jaga..
ini roselle yang buat air dan jem dan boleh buat asam kering macam yang jual kat Cameron Highland tu
Dan ini yang saya beli..pokok lucky bamboo ni dengan pasu dan segala bagai kat dalam ni baru RM12.00..letak dalam rumah..siram 2 hari sekali je..
Pokok ni murah je RM6.00, tapi pasu mahal sikit..saya suka sangat dengan tekstur daun tu..walaupun tak ada kaler2, tapi tetap ada serinya..ini saya letak atas rak kasut kat luar rumah..
Dan ini kat luar rumah, pokok yang simple je..letak sikit batu2 putih..satu plastik besar batu tu cuma RM10. x habis pakai pun ada lagi 3/4 balance...
Saya beli sepasang letak kat depan rumah, pasu kaler purple...lain kali nak tambah lagi..hehehe..buat taman kat koridor..
Nasib lah suami rajin melayan kerenah..tak adala beli banyak sangat..lagipun kena try test dulu..ceruk mana sesuai letak, bahagian mana kena tambah..kalau beli sekaligus banyak, takut x sesuai pulak...InsyaAllah lepas ni mau ke Sungai Buloh lagi..misi mencari bunga orkid pula..stok kebanyakkan habis sebab Deepavali, ramai yang datang beli..
nota kaki : suka lihat kehijauan..tenang minda badan sihat otak cergas...go green!!! =)
No comments:
Post a Comment