Friday, November 19, 2010

Sehari Hari Raya Bersama Saya

Raya haji saya yang sederhana:

 5.00 pagi : suami keluar pergi ke kem untuk ambil baris budak2 untuk solat sunat raya besar2an.
6.30 pagi : bangun solat subuh dan rasa sungguh sorang2 dan ingin sambung tidur balik sementara tunggu solat sunat Aildiladha
7.00 pagi: bunyi pintu kuat gila terbangun terus ingat ada orang pecah masuk rumah..rupa2nya suami balik escape dari solat raya beramai2 kat kem sebab kesian bini dirumah sorang2..huhuhu..terharu..
8.00 pagi : sarapan dengan lemang beli 2 batang kat Ampang, rendang daging, nasi impit kuah kacang..bersungguh-sungguh masak supaya suasana hari raya itu masih terasa..
8.30 pagi: ke surau sepelaung dari rumah untuk solat sunat aildiladha
9.30 pagi: selesai solat, tengok lembu 2 ekor tertambat tapi korban hanya mula pukul 10.00 so naik atas dulu.
10.00 pagi: suami dapat panggilan, majlis di kem sudah habis, bergegas keluar supaya dia tak nampak macam escape dari majlis tersebut
10.00 pagi sampai 12.00 tghari: sorang2 x tau nak buat apa. masak kari ayam kampung, sambil sapu sampah dan mop lantai.
12.30 tghari: lapar balik, kena sepinggan lagi juadah raya sambil masak roti jala untuk makan tengahari nanti
1.00 ptg: suami balik dan kejap lagi ada kengkawan bujang yang tak pulang beraya akan datang
2.00 ptg: mereka sampai, hidang makanan penuh meja bagai...tambahan bolognese spegeti takut depa tak cukup makan..=)
4.00 ptg: mereka bergerak pulang, penat..tunggu solat asar dan dua2 sekali tidur tak sedar diri sedar2 dah  pukul 8.00 malam maghrib tinggal sipi2
8.00 malam: terjaga pun sebab dapat panggilan dari kak long dalam perjalanan dengan daging qurban
10.00 malam : daging qurban sampai dari kampung lebih kurang 1 kilo lebih juga bersama nasi  impit dan ketupat palas fevret saya serta sup tulang lembu yang marbeles...

-


-


-


-


Ini kiriman ayah & bonda tersayang..i love u both so much....

juadah makan malam semalam...punyalah hirup kuah sup dan menggodek tulang tu sampai meleleh hingga ke siku...=)..sedap amat!!!


Sekian, dari saya...jumpa lagi..cau cin cau..pissss...


1 comment:

buyuiazliana said...

plg lawak yg pkl 10.00 pagi tu...adoii la...