Wednesday, November 10, 2010

Nama Pilihan

Rata-rata perempuan lagi-lagi bila bergelar isteri akan sentiasa memikirkan nama anak..hehehe..saya pun selalu juga..kadang-kadang..alahai..comelnya nama....nanti nak letak nama nak cenggitulah..hehehe..

Suami suka sangat nama SABARIAH....Sabariah??? hmmmm....suami cakap maksudnya sabar..ye ke??? macam tak je kan..nantilah google maksud nama tu..tapi tak mau la letak nama Sabariah..nak yang komersial sikit ala-ala nama anak pan asian gitu..hahaha..tapi kulit melayu totok!

MARYAM..saya suka sangat..nama yang cantik..nama yang molek..saya bayangkan MARYAM saya montok, berkulit putih, bermata bulat, berhidung mancung, bergigi tersusun, keletahnya manja, menyejukkan hati yang lara..hehehe..ini ialah standard anak-anak idaman ibu bapa..rupa paras jika dikurniakan elok pun saya bersyukur sangat..Alhamdulillah..yang penting sihat dan sempurna...dan kalau lelaki, saya mahukan nama YUSUF atau ALI.

Memberi nama yang elok dan membawa makna yang baik-baik juga adalah tanggungjawab ibu bapa. Jangan nanti anak berasa aib dengan nama yang diberi. Kerana:-

1. Nama yg baik merupakan HAK dari anak.

Rasulullah SAW bersabda,“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yg baik, mendidik adab yg baik, dan memberinya kedudukan yg baik (dalam hatimu)”.” (HR Aththusi)

2. Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa nama yg diberikan kepada anaknya itu adalah DOA (orang tua kepada anaknya).

Nama dah ada..hehehe..moga-moga Allah permudahkan rezeki saya...aminnnnn.......=)





No comments: