Tuesday, November 16, 2010

Raya Hilang Seri

Sehari sebelum raya: saya masih bekerja...raya dulu dan sekarang banyak betul bezanya..dulu tak kisah raya apa, sambutan tetap meriah tetap sama. Kini, serinya hilang entah ke mana..Saya sendiri mati kutu..hilang idea..bagaimana mau hidupkan sambutan raya, sementelah raya haji tahun ini saya hanya beraya bersama suami sahaja..

Bila berumahtangga, keperluan suami lebih utama. Memang ralat tak beraya di kampung...kalau bujang trang tang shananana dulu bolehlah berdesup balik ke rumah ibu bapa, la ni....kena minta izin suami..

Esok mungkin sembahyang raya di Masjid Kem Sungai Besi, kata suami ada sembahyang raya mega 7,777 orang banyaknya..sempena hari ulang tahun tentera..

Ayam, daging, santan, rempah ratus masih tak terbeli...hidangan apa mau di jamu di pagi raya pun saya keliru sendiri..Lemang Pak Ali yang dalam kepala ini, disantap bersama daging masak rendang atau kari..tengoklah macam mana, petang nanti baru ke pasar tani...itu pun kalau masih ada orang berniaga, kalau tak ada saya ke tesco atau jusco...beli minced meat buat speggeti di pagi hari raya...hehehehe

Mungkin juga saya jalan-jalan tengok wayang, atau ke ikea tengok barang-barang hiasan atau paling cikai saya lepak di rumah bersihkan habuk dan sawang..

Tiada langsung feel beraya...macam cuti biasa-biasa....

Walau apa pun Salam Idul Adha dan selamat menjalani ibadah korban...dan kepada yang tetap pulang beraya dikampung pastikan berhati-hati sepanjang perjalanan...

No comments: