Futsal ni adalah sukan yang lebih kurang bola sepak tetapi biasa dimainkan oleh player yang sikit dan padang yang lebih kecik dan selalunya indoor..
5 tahun kebelakangan ni memang kelab sukan ofis saya selalu menganjurkan pertandingan futsal. Mula-mula hanya dibuka kepada staff lelaki sahaja, tetapi bila permainan ini mula digilai oleh staff2 perempuan maka ketegori wanita juga dianjurkan....
Saya juga salah seorang yang berminat bermain futsal walaupun agak berkaki bangku dan selalu tersepak angin je...malu woi..macam dah habis tenaga time sepak tu alih2 tak kena..
Tetapi saya pernah cedera terpeleot di lutut yang sampai sekarang masih lagi terasa kesannya. Kejadiannya begini:- Regangan dan sesi panaskan badan tak cukup, terus teruja main membuatkan saya jatuh terduduk.
Kenapa futsal ini bahaya..ia hanya BAHAYA jika dan hanya jika anda semua :
1. Tidak melakukan pemanasan badan sebelum mulakan permainan
- serius penting benda ni. Busuk2 pun sebelum main tu lari2 anak barang 2 3 round, pastu buatla regangan sikit.
2. Anda asyik merempuh orang sebab nak kejar bola..
-Cuba korang tengok perempuan amatur main futsal..Macam kelakar kan..Bola ke kanan, semua pun ke kanan. Bola kiri, semua lari kiri..so bahaya..sebab mata semua tengok bola, tak tengok orang dah..so boleh eksiden...ni kes yang tak ada skill langsung la..macam saya...=)
3. Tersepak angin atau tersepak kaki sendiri
- kelakar..kelakar..bila tersepak angin ni kadang2 kaki kita terbelit2..macam mana nak bagitau ek tapi alih2 bola tu pusing2 celah kaki korang je, pastu cubaan tolak bola tu lepas tu sedar2 dah jatuh..siapa yang amatur macam saya ni paham kot..=)
Itu je..tapi tidakla BAHAYA jika anda adalah profesional atau bermain futsal ini adalah rutin anda atau anda mendapatkan khidmat latihan dari jurulatih bertauliah..
Kalau main suka-suka macam saya ni, jangan lah abaikan sebab yang no. 1 itu dan sentiasa berhati-hati bila di situasi no. 2 dan no.3.
Lagipun futsal ni permainan yang pantas dan banyak pergerakan, jadi banyak peluh keluar, jadi banyak kalori dibakar..
Tapi saya goal keeper je...hahaha..tapi saya gerakkan badan saya juga..kalau bola tak datang ke arah saya..saya lompat-lompat @ gerak kiri kanan macam senaman..ok apa...
Ni gambar masa saya aktif bersukan, lepas kahwin dan injured, saya kurang aktif sikit, itu yang badan mengembang setanak nasi seperiuk..hehehe
Tagline : Biar kalah main jangan kalah posing
2 comments:
Terimakasih penjelasannya mudah dimengerti, kayaknya @mantap kalau di angkat kedalam blog.
langsung aku cobain aja yah.... do`ain ya biar sukses...
Asal cam sush sgt je main futsal ni??volleyball sng lagi...
Post a Comment