Biasa kita dengar tentunya komen yang membina, komen yang menggalakkan, komen yang menggembirakan..semua ini tergolong dalam komen-komen yang positif. Kalau kita terima komen-komen yang begini, pasti timbul satu perasaan yang sungguh..oh bukan bangga tapi lebih kepada terharu. Perasaan yang puas bila usaha yang kita buat itu dapat perhatian yang sewajarnya walaupun mungkin tidak 'excellent', tapi jika komen yang diberi itu penuh dengan unsur positif pasti kita akan perbaiki atau pertingkatkan lagi.
Baiknya memberi komen yang positif ini tentunya akan meningkatkan keyakinan seseorang. Bukan tidak boleh memberi komen yang negatif, tapi ada caranya. Mulakan dengan pujian. Contohnya situasi pelajar membuat lukisan. Guru mungkin boleh memberi komen yang begini:-
" Bagus idea anda, pemandangan itu nampak menarik".
Dan susuli dengan komen yang membina.
" Tapi pokok yang berwarna merah itu tidak menggambarkan suasana di kampung. Nampak janggal sekali, mungkin anda perlu tukar kepada warna hijau,"
Ini contoh sahaja, saya gunakan situasi ini sebagai metafora kerana dalam kehidupan seharian kita, terlampau banyak komen-komen negatif yang diberikan sampai kalau saya sendiri sudah muak.
Komen negatif selalunya berbunyi seperti ingin menjatuhkan orang, melukakan hati dan melemahkan semangat..itu belum lagi kata-kata nista (macam keji sangatkan bunyi nista ni).. Bila berkata-kata jangan lupa ada telinga yang mendengar, ada hati yang perlu dijaga. Bagi saya kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu menggambarkan cara pemikirannya. Jika hanya selalu berlawak bodoh, cakap pun main sedap mulut macam orang pendek akal begitulah orangnya. Tak jauh beza. Kalau cakap perkara-perkara yang tidak cerdik, nampak tidak cerdiklah kita.
Bak kata orang tua, sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.. kalau terlepas kata, hubungan yang mesraaaa pun boleh renggang, kawan rapat pun hilang.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Moga saya lebih bayak berfikir sebelum berkata-kata. Moga kurang dosa saya...=)
Kepada yang pernah menerima komen-komen pedas dan kata-kata yang mengguris hati, saya mohon ampun dan maaf di atas kekhilafan saya ini...
nota kaki : sesekali serius....
No comments:
Post a Comment