Monday, January 17, 2011

Destinasi Bajet: Kota Keriangan Genting Highlands

Saya menghitung hari..menghitung hari bercuti-cuti dalam kedinginan kota keriangan Genting Highlands!!!! yeayeah..jalan-jalan tukar angin..sambil menikmati udara yang nyaman dan sejuk hingga ke tulang sum sum so boleh manja-manja paut pinggul rangkul erat macam pasangan bercinta...


Saya bet mesti ramai yang dah pergi bercuti di Gentingkan..Saya bukan nak sangat berhoorey-hoorey naik roller coster atau naik solera space shot yang macam wey gayat gila macam nak tercabut jantung ...mmmm..saya cuma nak release tension..lagipun saya rasa macam dah tua nak bersuka-suka  main segala macam games itu.. Kali ini saya nak berkaraoke, main boling dan nonton wayang je...macam kat bawah tak boleh buat je kena naik kota keriangan itu baru boleh buat semua...hehehehe...


Bukan..bukan...sebenarnya saya ada voucher. Voucher ni saya beli dari mamatisya, tak ingat dah bulan berapa..dah lama la jugak, due 31/01/2011. Ingatkan dah tak sempat guna, nasib baik ada kosong lagi...dapatla, saya bercuti dengan kos yang sangatla bajetnya...


Yelahkan..orang lain bercuti saya pun teringin juga bercuti..tapi cuti saya memang bajet punya...tak kisah la orang nak cakap apa..yang penting saya gumbira...ha..ha..ha..kita menyanyi sambil langkah kanan kiri....goyang tangan goyang kaki..hip hip hooray....=)


Biasa port bercuti saya sekitar KL sahaja..paling jauhpun radiusnya dalam 300 km hingga 400km sahaja.. Melaka, Cameron Highland, Kuala Selangor, Genting Highland, PD ni memang selalu dok ulang..Pahang dan Kedah serta negeri2 bersempadan dengannya memang selalu saya singgah sebab kampung halaman kitorang..=)


Saya makan gaji, suami pun makan gaji..cukup bulan habis..simpanan pun sikit-sikit je celah gigi..jadi takkanla saya nak berbelanja wang simpanan semata nak puaskan nafsu bercuti..tak sanggup rasanya..Alternatifnya, pergi yang dekat-dekat. Pilih hotel bajet yang selesa dan nampak cantik. Kalau bercuti pulak bukanlah masa nak bershopping bagai..cuti means cuti..beli cuma yang berkenaan dan berpatutan sahaja..namanya pun bajet...


Kalau weekend tapi no..no takde bajet nak jalan-jalan.. Saya dan suami akan buat sesuatu isi masa lapang. Antaranya:-

Sabtu:

Breakfast siap-siap kat rumah pergi pasar chowkit sedar-sedar dah pukul 12 tengahari.. Saya suka tengok pasar basah..meriah..kalau tengok ikan boleh sampai ralit..beli sikit je..memusing-musing tu yang lama..lagi satu bila sampai part buah-buahan saya akan jadi macam nak meroyan...murah sangat-sangat..stok untuk seminggu tak sampai RM20 belanja..


Dan


Ahad:
Breakfast dekat mamak lambat sikit macam pukul 9.00pg ke sambil baca paper sedar-sedar dah pukul 12.00 tengahari juga...hehehehe


So bila dah tghari..siap-siap nak makan lunch pastu petang tidur jap pastu malam..so habis weekend...masa pun terisi..tak boring pun!!!


Kesimpulannya..hanya kita yang tahu diri kita, keluarga kita, hidup kita, kewangan kita, kebahagian kita... Kita yang kena corak hidup kita bukan orang lain yang tentukan...Jadi ukur baju dibadan sendiri dan selalu berpijak pada bumi yang hijau ini (sekarang tak berapa nak hijau dah)...


Kalau pergi Shah Alam dan Klang tu kira bercuti ke???? saya ok je asal jalan-jalan..Korang????




wif my sisters kat snow world..year 2005 kot...=)






2 comments:

Ya ALiya said...

ya pun suka gak jalan2,tak kira la dekat2 je,yg penting keluar umah,slalu kalau cuti2 pun g hotel yg budget je....

Asma said...

itula, kita bercuti secara berhemah..

balik cuti xdela tanggan kt dahi..=)