Friday, January 28, 2011

Cucur Badak & Kuih Keria

Persamaan di antara 2 kuih diatas ialah dua2 pun pakai keledek..Boleh pakai keledek putih @ yang merah. Tapi saya suka campur, lebihkan keledek putih. Nanti adunan kulit tu jadi lebih sedap dan bertekstur gitu.


Resepi Kuih Cucur Badak


Bahan-bahan:

A. Kulit Kuih
Keledek
Tepung gandum
Garam

B. Inti
Sebiji kelapa parut (kalau nak sedap lagi beli yang putih je)-blender sikit, dalam 3 saat macamtu
Udang Segar (beli udang putih yang kecik2)
Bawang merah -blender
Lada kering -blender
Serai- blender
Jintan Manis (tumbuk)
Udang Kering (rendam dalam air sampai lembut then tumbuk sampai hancur)
Serbuk Kunyit

1. Rebus keledek sampai lembut, masa rebus tu letak garam siap-siap.

2. Toskan air terus lenyekkan keledek, kena buat time panas-panas, kalau tak nanti keledek tu keras.

3. Masukkan tepung sikit-sikit, uli. Agak2 la tepung tu nak banyak mana, Jangan banyak sangat nanti adunan keras.

4. Masukkan semua bahan- bahan yang telah diblender dan ditumbuk tadi dalam kuali tanpa minyak.

5. Masukkan udang, saya kalau udang kecik ke besar ke semua saya kopek kulit, buang kepala. Tapi jangan buang. Rebus dan blender kulit2 tu, tapis dan amibil air rebusan je.

6. Masukkan serbuk kunyit, garam dan bahan perasa.

7. Biarkan sampai kering, dah dekat nak masak tu kena kacau selalu, kalau tak hangit.

8. Bila inti dah masak, ambil adunan kulit tadi, letak inti tutup dan bentukkan seperti gambar diatas.

9. Goreng sampai garing, ikut selera puan-puanlah.



Kuih Keria


Lebihan kuih cucur badak tu bolehla buat kuih keria.

Tapi nak sira kuih ni bagi saya agak payah..try banyak kali baru jadi.

Kalau gula 1 cawan, masukkan air cuma 1/2 cawan je. Api biar sederhana, kacau sehingga naik buih-buih kecik dan likat. Tutup api, masukkan kuih dan kacau cepat-cepat. Lama jugakla kacau sampai gula tu sejuk baru la dapat coating yang macam ni. Macam tak berapa nak jadi je kan..kat kedai tu sampai berkeping-keping gula sira..

*

*

*

*

Jengjengjeng!!!!


Order kuih 40 biji dari kawan ofis.




Saya sponsor kuih keria


Tips: Sapu minyak kat tangan baru senang nak menggentel kuih..=)

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang keledek di SIHAT SELALU - Kentang dan Keledek