Thursday, January 13, 2011

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah

Ini trip hujung tahun hari tu, tak ada la trip sangat pun jauh cuma dalam 30km dari pekan Jeniang (kampung MIL).

Sebelum ni pernah dengar tempat ni yang menjadi sebutan ramai.. Kalau tak silap kat Sendayan, Negeri Sembilan pun ada ladang macam ni..

Jakun sangat-sangat..Ladang cantik teratur..Mula-mula ingatkan macam kebun getah tu je, sebab lokasi tempat ni dah kat dalam ceruk kampung..=)

Untuk masuk ke kawasan tanaman (anggur ni ditanam macam kat rumah hijau tu..berkelubung je) RM3 je yang kena bayar..okla kan..

Orang ramai macam semut hurung gula....bergambar sakan termasuk saya!!!

Kalau tak silap ladang ini 100% pemilikan bumiputera, itu yang sanggat bangga!

Rasa??? Rasa sama macam anggur-anggur lain...Tapi produk2 lain berasaskan anggur pun dijual sama macam benih pokok, buah anggur of course la kan, jus anggur, kordial, losen n minyak biji anggur pun ada..

Tapi PERINGATAN ye..boleh tengok ambik gambar je, petik jangan sekali...no no no..


Di bawah rimbunan gugusan anggur



Geram gila.. anggur ni tunggu hari je tuk dipetik..buat montok2 macam kat kedai...








Orang ramai yang seronok masuk ladang anggur. Pengunjung cuma dibenarkan berkeliaran di bahagian tertentu je, tak ada la boleh pusing satu ladang tu..=)



Pokok anggur yang berusia 3 tahun (setahun berbuah 2 kali, untung gak kan tanam anggur)



saya dan MIL, pose ala2 pinggang nampak kecikkan (tidak ramping sama sekali..huhuhu)





Beli jangan tak beli, buah tangan dari ladang anggur!!


Kita makan anggur dulu!!!


Deretan pepohon anggur


Nampak tak disebalik jaring itu???
Anggur warna hijau...saya suka..ranggup dan manis..


Sekitar ladang anggur, dah gelap nak hujan pun ye, dah nak maghrib pun ye


Dan inilah Tasik Beris, kedudukan ladang ni betul2 di pinggir tasik..


Sesiapa yang duduk belah Utara pastikan tak lepas peluang datang ke ladang ni..anak-anak mesti suka..Feel dia ala-ala kita masuk ladang strawberri kat Cameron Highland! Shiok!!!


Nota kaki: Kalau dari pekan Sik, rasanya ada dalam 15 minit..Jangan risau walaupun rasa macam betul ke ni, ni dah kampung orang tapi teruskan juga sebab kat dalam2 tu lah terletaknya ladang anggur ni..Kalau takut sesat jangan malu bertanya pada orang Sik ye...=)




3 comments:

deqdeq said...

DeQdEq tahu pasal ladang anggur kat sik ni waktu pegi MAHA 2010 ari tu...klu tak, x tahu la lagi walau pun orang Kedah...hehehhe

PUANSTOBERI said...

Wah. Besar ek buah dia. Bes. bes. nati lah kalo bercuti ke utara leh la terai pegi. hihi

Asma said...

deqdeq
Jgn lepaskn peluang pegi tau...=)


Reen
besr2 ibu jari kaki..hehehe..