Sungguh kebetulan sekali saya berada tidak jauh dari tempat kejadian. saya dari perjalanan balik dari Melaka ke KL. Dalam 10 minit selepas keluar Tol Air Keroh, kenderaan mula bergerak perlahan dan ada masanya x bergerak langung! Tapi masa tu memang dah suspek eksiden besar punya..sebabnya dekat 10 biji ambulans yang lalu masa tengah2 jem tu...
Selepas 2 jam lebih tersangkut dalam jem, kitorang pun sampai ke tempat kemalangan. Memang terkejut gila babas..x pernah la sepanjang hayat ni tengok eksiden yang macam ni..bas tergolek kat tengah jalan, ambulance n polis penuh keliling kawasan kejadian..memang tragis dan ngeri, tapi x pula saya nampak mayat2 bergelimpangan..
Ngeri...memang ngeri, tapi suami tak nak jadi tipikal Malaysian yang berenti tepi jalan (tambah sesak wei) semata2 nak tengok kemalangan tu (walaupun saya paksa)..Suami cakap esok beli newspaper n dengar berita je...
Butir terperinci punca kemalangan masih belum dinyatakan (setakat baca paper ari ni la), so malam nanti memang kena dengar berita jam 8.00 tu. Kalau x baca je la paper esok....
Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan yang terbunuh, dan takziah kepada keluarga2 mangsa. Yang cedera ringan @ parah serta saksi2 terawal kejadian tentu masih trauma.
Peringatan tuk diri sendiri:-
1. Berhati2
2. Pandu berhemah
3. Jangan cepat naik angin
4. Hormat pemandu lain
5. Ikut arahan jalan raya
6. Pakai seat belt
Dan yang paling penting, sebagai Muslim jangan lupa baca doa sebelum mulakan perjalanan. Sekian...
4 comments:
suspek bas yg masuk laluan bertentangan tuh bawak laju gilers smpi tak leh kawal... kalu tak.. takkan le leh hempap kenderaan lain... mmg dahsyat kemalangan tuh!!
al-fatihah
bas tu laju gile wey org kata
ngeri sgt sbb ramai yg mati, putus tgn, putus kepala etc
puterihannan & syana
itula..laju..kalau perlahan mungkin xde la sampai 12 kematian. tmbh pulak ngn faktor kerosakan yg menyumbang kpd kemalangan..
mama zharfan
ngeri sgt..terburuk dlm sejarah ni...:(
Post a Comment