Tuesday, October 19, 2010

~ Rahmat Allah di sebalik keguguran ~

Saya selalu baca artikel kesihatan/perubatan di blog Dr. Azwan ini. Cuma sekarang pada pemerhatian saya Dr. sudah kurang menulis. Mungkin tiada masa. Artikel2 Dr. yang lama2 pun selalu saya ulang baca untuk jadikan panduan. Ada satu artikel yang menarik sekali dari sudut pandangan perubatan dan pandangan Islam. Saya x tau berapa kali saya baca artikel ini..rasa sangat dekat di hati .. Bagi saya dari sudut perubatan, mungkin saya belum mempunyai anak kerana ada masalah kesihatan (ini sudah dirujuk pada doktor yg bertauliah dan alhamdulillah setelah mengambil ubat dan check up  yang berkala, saya dan suami disahkan sihat) dan sebagai hamba Allah saya redha jika ia adalah ujian dan ketentuan.

Baru2 ini teman seofis saya baru keguguran. Teringatkan artikel Dr. Azwan ini, dan saya harap dapat berkongsi info dengan teman2 lain yang mungkin juga pernah mengalami situasi yang sama. Jika saya sendiri mungkin sedih dan berendam air mata. Lagi2 jika ini terjadi pada kehamilan pertama. Harap2 dijauhkan dan dipermudahkan...

Ini saya lampirkan artikel yang ditulis oleh Dr. Azwan..selamat membaca...=)

____________________________________________________

Salam,

Ramai pembaca yang memberitahu perasaan sedihnya kerana baru sahaja keguguran cahaya mata. Ada yang baru kahwin dan keguguran, ada juga yang sudah lama inginkan anak tetapi akhirnya keguguran. Tentulah perasaan sedih yang teramat sangat kerana mengalami keadaan tersebut.

Izinkan saya berkongsi pendapat saya di dalam hal ini.

Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkan makanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi kat Restoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabila diberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yang tajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajian saintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nak elakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung (luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cuba termasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubat pula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab saya orang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untuk menggugurkan kandungan.


Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma seperti jatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pintu rahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung, demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga boleh menyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utama keguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unik penciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.


Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.


Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah...

Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.

Wallahu Alam.

Boleh baca artikel2 lain di sini: http://drazwan.blogspot.com/









































3 comments:

SyaNa said...

betol.aku setuju ape dr tu kabo
dulu time aku gugur pn nangisss jek
tapi bile pk balik, sume ade hikmah

aku ade dgr ceramah agama, ustaz tu ckp, sbg manusia, kite kena mencuba tapi bile sume jalan yang ade kite da cuba, tetap tak berhasil, berserah la kpd Allah

mungkin mmg Allah tak nak bg kite ade hikmah nye
tapi, jgn berenti mencuba.da pasti takde jalan lain, redha je.

puanstoberi said...

sayu je baca entri nih..

Asma said...

syana
kdg2 aku dok pikir gak(ni time setan tgh kacau n aku x ley pikir secara waras)..betul ke aku redha@ hanya di mulut je...

reen
sayu kan..tp selalu jdkan artikel ni panduan...