Tuesday, November 16, 2010

Saya Peminat Faisal Tehrani

Sayalah peminat kipas susah mati Faisal Tehrani (FT).. 'silent reader' blog FT ni sudah lebih 2 tahun mungkin. Suka baca hasil nukilannya yang penuh metafora, sinis dan sungguh kadang-kadang mencabar minda. Karya-karya FT rasa sungguh dekat dihati..baru-baru ini pintu hati terbuka ingin menjadikan buku hasil pemikiran kreatif FT sebagai hak milik kekal abadi. Sebagai permulaan RAHSIA UMMI dan KETUPAT CINTA saya beli. RAHSIA UMMI lebih ringan, senang dibaca dan mudah difahami. KETUPAT CINTA pula karya menarik dan sungguh segar buat saya tak sabar-sabar khatam membacanya..

Saya jarang ke kedai buku..bukanlah tak pergi langsung..jika termasuk pun hanya meneliti majalah hiburan..hehehe..umur-umur begini rasanya sudah sampai masa saya kurangkan bacaan yang lagha. Patut cari informasi yang lebih ilmiah. Lebih islamik bagi mengisi kekurangan ilmu dalam diri. Suami pula baru jadi ahli pustakaan KEMENTAH dan saya gunakan kelebihan untuk meminjam buku-buku mahal yang tak mampu saya beli..Buat masa ini ada buku "TWILIGHT' yang harus di baca pada musim-musim cuti.. Bahagian pertama sudah habis dibaca, masih ada 3 dalam senarai menanti..

Dan hari ini ketagihan saya datang lagi. Beli lagi 2 buku FT yakni BILA TUHAN BERBICARA dan TUHAN MANUSIA sebagai koleksi peribadi.




RAHSIA UMMI dan KETUPAT CINTA yang saya beli sebelum ini..




Kadang-kadang perlu juga kita baca bahan-bahan berat supaya minda lebih terbuka biar nampak macam berpengetahuan tinggi (bukan dengan niat nak bangga diri)..zaman sains teknologi dot com dot my ini semua boleh dapat dihujung jari..Jangan sia-siakan kalau tak diri sendiri yang rugi..

Sesiapa yang belum kenal FT pujaan hati saya ini boleh lawat  disini. Jika mahu beli buku-buku beliau pula boleh klik sini