Thursday, September 2, 2010

~ Bila Pagi Raya ~

Suka betul kalau ingat kenangan pagi2 raya ni. Kecik2 dulu teruja sangat bila pagi raya..Mandi awal, pakai baju baru dan siap2 untuk makan pagi. Masa ni lah nak isi kuih dalam balang, siapkan juadah raya bagi jiran tetangga, ala2 sistem barter..=)

Sebelum sembahyang raya, masing2 ambik turn salam. x adala macam dalam tv tu. Nangis2 bagai. Sambil2 bersiap tu pakat2 salam, pelik cium bagi duit raya. Simple je. Itula tradisi saya & keluarga. Bila kahwin semua jadi lain. Pertama kali beraya bersama suami & keluarga mertua nun jauh di utara. Menangis la juga saya di pagi raya. Tiba2 syahdu. Bangun subuh tu dah rasa lain. Sayu & sendu...=)

Dengan suami biasa saya bermaaf2an dalam bilik. Boleh la berdrama sikit...hehehe..Mintak ampun dosa sepanjang tahun. Mintak halal makan minum. Dalam bilik bolehla buat aksi2..peluk erat2..cium dahi..=)

 x sabar pula menunggu pagi raya..Syawal yang mulia...

nota kaki: bermaaf2an bukan sekadar di hari raya..=)


2 comments:

buyuiazliana said...

blk SP bile?meh la dtg umah aku :))

Anna Da Lady said...

alalalalala..cedihnya...tapi, mana lagi best raya masa single ke, raya masa dah berfamili?hehe..