Friday, September 3, 2010

~ Cerpen: Anugerah Syawal ~

Inila penangan duk baca cerpen kat PENULISAN2U. Tiba2 je teringin menulis. maka terhasillah cerpen karya saya yang bertajuk...jeng..jeng..jeng..ANUGERAH SYAWAL....

****************************************************************************
Dam! Kuat bunyi pintu dihempas. Geramnya. Panas hati. Pintu yang jadi mangsa. Biar Faiz sedar yang dia marah. Dia merajuk. Kalau dulu, masa mula-mula bercinta, merajuk macam mana pun pasti Faiz cepat memujuk. Waktu awal kahwin, merajuk sikit pasti Faiz tidak melenting, dibelainya, dipeluknya agar rajuk tak panjang. Sekarang…Faiz diam membisu. Matanya tertancap di tv, langsung tak ambil peduli.

“Abang! Miya merajuk pun abang buat tak kisah je. Tv ke Miya yang lagi penting ni” akhirnya Miya bersuara. Kalau diam je, nampaknya sampai waktu berbuka pun Faiz buat tak tahu.

“Apa lagi, takkan abang tak beli nasi beriani pun nak merajuk. Semalam beriani, kelmarin pun beriani. Hari-hari tau kita makan beriani. Dari awal puasa sampailah nak habis pun, beriani, beriani, beriani. Hari ni kita tukar menu ye sayang. Abang dah muak la. Please ya sayang.” Suara Faiz mula bertukar lembut. Cuba memujuk. Myia hanya memuncung. Bukannya Miya tak nak cuba masakan lain, tapi tekak ni. Selera hanya pada beriani. Nak buat macam mana.

“Hmm..ok, tapi abang tolong belikan sebungkus untuk sahur, boleh? Tapi kali ni Miya nak beriani kambing.” Miya mengalah walau hati masih berat terbayang-bayangkan nasi beriani. Tapi demi suami tercinta Miya turutkan sahaja.

************************************************************************
Allahuakbar, Allahuakbar….

“Bismillahirrahmanirrahim, makan kurma ni dulu sayang” Ligat tangan Faiz hulurkan kurma. Miya makan sambil lewa, perlahan-lahan kurma dikunyah.

“Aku mahu berbuka dengan nasi beriani. Tak kan itu pun tak boleh.” Hati Miya berbisik. Rasa nak menitik air mata Miya. Sedih sangat rasanya bila kemahuannya yang satu itu tidak dituruti.

“Makan sayang, tak baik kuis-kuis nasi tu.”

“Tak ada selera la bang. Ikan bakar ni rasa tawar je. Lain kali jangan beli la kedai ni. Membazir je.” Rungut Miyaperlahan. Kalau sebelum ni ikan terubuk bakar kedai Mak Temah inilah pujaan hatinya Tapi sejak puasa ni, sikit pun Miya tak pandang.

“Sayang makan la sikit, tak elok biar perut kosong. Lepas terawikh nanti kita pergi mamak dekat Bukit Indah tu nak?. Sayang kan nak nasi beriani tadi”

“Betul ni, janji! Sayang abang!” Sikit lagi Miya ingin melompat tapi dikawalnya rasa gembira itu. Miya tersenyum simpul sepanjang solat terawikh. Tak sabar rasanya hendak mengadap nasi beriani yang diidam-idamkan.

Sepanjang Ramadhan kali ini, Miya memang agak moody. Bagai serba tak kena. Anginnya pasang surut. Seperkara lagi Miya rasa seolah-olah penat yang teramat. Macam budak baru belajar puasa. Habis kerja, sementara tunggu waktu berbuka. Memang Miya akan melepek, kadang-kadang tertidur. Faiz pun naik bingung. Kalau ditegur Miya, nanti merajuk. Tarik muka. Faiz malas nak bergaduh bulan puasa ni. Sabar je la.

“Sayang bangunla, dah nak masuk waktu berbuka ni. Apa yang penat sangat ni. Tak elok tau tak tidur waktu ni.”

Miya bingkas bangun. Tapi sengaja dilarikan muka dari pandangan Faiz. Malu. Sepanjang puasa ni sekali pun Miya belum memasak untuk suaminya. Alasan Miya, penat. Malah air minum untuk berbuka pun, selalunya Faiz yang bancuh. Dia tak tau kenapa dengan dirinya. Kesian juga Miya dengan suaminya. Tapi Faiz tak pernah marah, cuma sekali-sekala terdengar juga rungutan dari Faiz. Tapi Miya buat tak dengar. Malas nak layan.

“Abang, malam ni kita pergi jalan-jalan kat Jalan TAR. Lagi 2 hari nak raya. Miya ingat nak beli kuih lebih sikit. Nak bagi mak Miya dan mak Abang.” Terbayang di ruang mata Miya kesesakkan di Jalan Tar. Dengan bising suara penjual mempromosi barang jualan. Hiruk pikuk. Jalan jem. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat Miya

“Abang tengok sayang macam tak larat je. Tapi bab shopping bukan main lagi.” Faiz mengusik Miya.

“Jangan nanti Abang yang kena dukung sayang pulak. Miya bukannya kecik. Patah pinggang Abang nanti.” Makin galak Faiz mengusik Myia. Bukan senang nak bergurau dengan Miya sekarang ni. Kalau salah gurau maunya mengamuk Miya.

“Abang nak pergi ke tak nak ni. Kalau tak nak janganla perli-perli Miya macam ni.” Bunga-bunga rajuk mula berputik. Cepat-cepat Faiz merangkul badan Miya. Kalau dia biar nanti, memang pasti Miya merajuk.

“Alahai isteri Abang ni. Usik sikit pun dah tak boleh sekarang ni. Nak dekat raya ni Jalan TAR sampai pagi pun ramai orang. Kita pergi lewat sikit ya sayang. Jalan tak jem, nak parking pun senang.”

Miya senyum kembali. Pantas dicium pipi suaminya. Mengekek-ngekek Miya ketawa.

*************************************************************************

Penat bershopping di Jalan TAR masih tak hilang lagi. Menyesal Miya. Orang terlampau ramai, sampai susah nak membeli. Penat je yamg dapat. Tak pasal-pasal Miya lenguh kaki. Kalau Miya tau orang selaut macam tu, memang tak ingin Miya jejakkan kaki ke sana.

“Itula, Abang dah cakap. Miya degil sangat. Nak juga shopping kat sana.” Sambil memicit kaki Miya sempatlagi Faiz membebel.

“Manala Miya tau. Biasa tak ada la ramai macam tu.” Getus Miya perlahan.

“ Abang perasan tak, bulan puasa ni Miya belum ponteng lagi. Hari ni dah 29 Ramadhan. Tapi Miya belum period pun.” Tiba-tiba Miya teringatkan kitaran haidnya. Rasanya akhir sekali Miya datang haid akhir bulan 7. Sekarang dah nak masuk tengah bulan 9. Miya betul-betul tak perasan sebab asyik melayan moody dan penatnya sepanjang puasa kali ini.

“Betul ke sayang. Abang pun x perasan. Habis macam mana ni yang? Sayang nak pergi klinik? Sayang nak pergi farmasi? Nak abang belikan pregnancy test kit ke? Sayang?” Bertalu-talu soalan Faiz. Tanpa henti. Miya tak pernah terlepas period sejak mereka berkawin setahun yang lalu. Memang saat ini yang mereka nantikan. Saat untuk mendengar berita gembira. Berita yang bakal menjadikan mereka ayah dan ibu.

Miya sendiri tak keruan. Langsung dia tak sedar yang periodnya sudah terlewat. Malah sudah lewat 2 minggu. Hati Miya mula berdebar-debar. Ada ke tak ada. Adakah masanya sudah tiba.

“ Abang beli dulu, esok pagi-pagi Miya test. Sebelum kita balik kampung." Saran Miya. tak mahu tergopoh-gopoh. Takut apa yang diinginkan tidak jadi kenyataan. Miya bingkas bangun.

"Abang, jom kita solat sekali. Kita doa banyak-banyak. Jika ini rezeki kita, moga Allah permudahkan."

********************************************************************************

Miya dan Faiz tidak lena tidur. Masing-masing kerap terjaga sementara menanti sahur. Sungguh Miya ternanti-nanti. Miya tak sabar.

"Sayang, bangun sahur." Kejut Faiz perlahan

Miya tidak sedar bila dia terlena. Laju Miya bangun lalu terus ke bilik air. Dikoyak pembalut pregnancy test kit itu rakus.

"Sayang! Sayang! Buka la pintu ni. Kalau tak ada rezki kita pun tak apa. Abang redha.Sayang!" Bertalu-talu Faiz mengetuk pintu bilik air. Sudah 5 minit Miya didalam. Miya hanya diam. Naik risau Faiz dibuatnya.

Perlahan pintu bilik air dibuka Miya. Faiz lihat Miya menangis. Mata Miya berair. Merah. Dirangkulnya Miya. Dipeluk erat.

"Sayang. Janganla nangis. Tak apa, kita cuba lagi. Waktu sahur pun nak habis ni." Sedih Faiz melihat Miya. Mesti Miya sedih. Mesti hati Miya luluh.

"Abang, positif bang! Miya mengandung bang.Alhamdulillah." Suara Miya bergetar. Bersuara dalam tangis. Tangisan gembira.

"Alhamdulillah Miya, sayang Abang. Akhirnya Allah makbulkan doa kita." bagai mahu menitis air mata Faiz. Allah kurniakan anugerah yang tidak ternilai pada bulan mulia. Dan esok 1 Syawal, akan diraikan dengan gembira. Anugerah yang selama ini ditunggu. Anugerah Syawal.

Sekian.

nota kaki: cerpen mengarut edisi saya..hehehe..



 


No comments: