Ujian dan dugaan darinya datang dalam pelbagai cara. Antara kita sedar @ tidak. tapi, selalu saya ingatkan diri sendiri ujian dan sakit yang melanda itu kifarah dosa2 yang telah kita lakukan. Moga Allah ampunkan dan hapuskan dosa2 kita...
Bercerita pasal ujian ini buat saya teringat pada seorang teman teman baik suami. Dah banyak juga entry pasal teman iini suami isteri pernah saya buat sebelum ni...=)..Seminggu sebelum raya, teman saya eksiden jalan raya yang agak teruk (memang teruk pun)..dan seminggu selepas raya rumah barunya di pecah orang, hilang la juga barang kemas seurat dua, duit2 tabung anak (duit raya..huhuu) dan LCD 32inci. Rumah berkecah habis. Macam kena serang garuda gayanya...Berganda2 ujian..
Kereta lepas eksiden..Alhamdulillah semua selamat. Berkat pakai seatbelt. Kalau tidak.....saya duk terbayang anak2..dua2 pun kecik lagi, kalau hentakan kuat macam ni mau terlambung keluar kalau x pakai seatbelt tu...:(
kena pecah dari tingkap bilik belakang, faktor grill yang x dipasang kuat pun memudahkan kerja pencurik. Pastikan sesiapa yang baru pindah rumah, grill tu dipasang kukuh...sekarang ni orang nak kerja mudah je, pasang grill skru pun x lekat...:(
Moga teman saya dan isteri tabah terima dugaan ini.
Allah x memilih sesiapa untuk di duga. Masing2 ada bahagiannya. x sama. Saya dan suami juga tidak terlepas dari ujianNya..Sampai sekarang kami belum miliki zuriat sendiri..Kadang2 terdetik juga, beratnya rezki aku ni...ada yang susah, makan cukup2 je tapi Allah kurniakan cahaya mata. malah x putus2..berderet2..itu rezki dia..
Tapi saya x mengeluh..mengeluh itu orang yang putus asa..Saya belum putus asa lagi..=)..Saya tengah usaha..selebihnya saya tawakal kepadaNya..Kadang2 bila duduk2 berdua dengan suami, tanya juga..suami sunyi ke? So far Alhamdulillah, kami berdua masih enjoy fasa berdua ni. Fasa mengenali hati budi sejak bergelar suami isteri...Kalau bergaduh x rasa bersalah (hehehe), sebab x ada anak dalam rumah. Boleh bergurau senda tanpa batasan (ops!)..Walaupun dah 2 tahun lebih kahwin masih terasa baru, sebab dulu jauh dengan suami. Sekarang baru nak duduk dekat, duduk sekali...
Cuma yang saya risau, faktor umur. Tahun depan dah masuk era 30an. Dah tuo..Takut nanti masalah lain pula..hormon la, penyakit la..Jadi suku terakhir tahun ni memang kena lebih usaha..Chaiyok!!!
nota kaki: tetiba je nak tengok Magika..boleh?..hehehe
2 comments:
jangan putus asa bab zuriat.insya Allah ade rezeki korg
yg penting usaha, doa tawakal
Smply want to say your article is as surprising.
The clearness in your post is simply nice and
i could assume you are an expert on this subject.
Finne with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post.
Thanks a million and please keep up the gratifying work.
Allso isit my web site; labia
Post a Comment