Tuesday, September 21, 2010

~ Jalan2@Tanjung Dawai~

Dah lama sebenarnya nak pergi Tanjung Dawai ni. x pernahnya ada kesempatan. Tanjung Dawai ni perkampungan nelayan lebih kurang macam Kuala Selangor. Kalau nak cari ikan kering, ikan bilis, belacan dan segala tok nenek hasil laut memang boleh dapatkan kat sini. Ada jeti, tempat bot untuk ke Pantai Merdeka. Depa kata naik bot lagi cepat dari lalu ikut darat. Nanti cheq ada masa, cheq pi na...=)


Tempat bot ambil penumpang ke Pantai Merdeka...

Masa dok memusing2 sekitar Tanjung dawai ni, saya terpandang satu papan tanda yang menarik..Menarik sungguh..Sedikit keliru pun ada..x pasti arahan ni ditujukan pada siapa @ apa...Pada pemahaman saya pastinya kepada pemilik haiwan ternakan kan?

He3..tapi memang banyak gila haiwan berkeliaran. Udah namanya kampung...

*

*

*

*



Di kampung, haiwan ternakan memang biasanya dibiar lepas macam ni, meragut rumput, makan sisa sampah  & plastik2 jajan kita. Itu dah jadi permandangan normal. Manusia dan haiwan bergaul mesra tanpa ada sempadan..Manusia boleh berselisih dengan lembu, kambing tanpa rasa takut dan janggal. Haiwan2 ini pula tanpa rasa segan meragut rumput, 'melabur' di depan muka pintu rumah kita...Suasana yang jarang kita tengok di kota. Jangan kata haiwan ternakan..Jiran tetangga pun x pernah bertentang muka..Jiran sebelah pintu pun ada yang x tahu nama, kerja mana, anak berapa...berbezakan??? takut pun ada....:(

nota kaki: belum berkenalan dengan jiran sebelah rumah lagi...hmmmmm....

1 comment:

Latina said...

Salam aidilfitri asma..mmg byk haiwan ternakan berkeliaran kt tanjung dawai tu..anak buah sy siap berkejar2an gan kambing semata2 nk tarik telinga kambing tu..