Monday, September 20, 2010

~ Jamuan @ Jamu Kawan2 Makan ~

Cuti Hari Malaysia yang lepas, saya dan suami sepakat, masak lebih sikit panggil kawan2 makan. Kebetulan Awe dan Cipear memang nak datang beraya, jadi hari Rabu tu sibuk koling2...mana2 yang dah ada kt KL boleh la beraya sekali. Alhamdulillah, ramai juga yang dah mula bekerja..Riuh rendah la rumah saya. Ada kawan2 yang almost 10 tahun x jumpa. Cuma yang saya ralat, saya x sempat nak bersembang lama. Sibuk didapur, masakla..kemas la..basuh pinggan la..Tenaga kerja cuma berdua, saya dan suami..Penat tapi tersangat puas hati..Gembira tak terkata juga dapat jumpa kawan2 lama... 


Hidangan makan2 saya:
 nasi tomato+ayam masak merah+acar rampai+dalca sayur+papadom
ketupat segera+kuah kacang+rendang ayam
mee kari+awas2
cucur udang
keropok keping+sos thai
punch oren

Balang kuih raya yang dibeli sehari sebelum makan2..RM25 untuk 6 balang..berbaloi2 beli..

2 tong ini juga baru dibeli, masa balik beraya di SP. Tong pink itu sudah terguna letak ais, jadi x boleh letak yang panas2 lagi..nanti rosak..

Dapur saya yang sungguh kecah sekali..malu juga bila tetamu jenguk ke dapur..hehehe..

Perangat lauk, kuah kacang +dalca sayur..thanks to encik suami yang sungguh ringan tulang membantu...

Sebilangan yang hadir
suami, cipear, suami jaja, suami awe, gm, awe, jaja, yan, saya

hilang penat jumpa kawan2..bergambar untuk kenang2an
duduk: bob, cipear, suami
berdiri: saya, wife bob, nurul

Ini lah kengkawan masa di Ganu dulu..Hilang rindu setelah berjumpa..Awe dan Jaja x pernah jumpa lepas 10 tahun. Yan pernah terserempak kat Ampang point 2 taun dulu(kot)..FB la yang temukan kitorang balik..tq FB..=)

Suami dan Akim..dan anaknya yang sungguh comel dan sehat sangat...gerrrammmm...

Pear yang merasmi majlis..Hubby's best fren..BFFFFFFF

Nurul (wife cipear)..thnks coz datang awal and tolong mana yang patut...=)

Selepas makan2..kenalah mengemas..Cam nak muntah pun ada...Periuk belanga, besen2, pinggan mangkuk..itupun nasib baik guna yang pakai buang, jimat sikit tenaga dan masa..

Kesian suami yang kepenatan. Kebetulan Jumaat sehari selepas hari Malaysia (lepas buat makan2), saya bercuti.Tapi suami tetap bekerja. Petang tu niatnya nak balik ke Pahang. Beraya bersama keluarga saya pula. Lepas sembahyang Jumaat saya tengok suami sudah terbongkang..Kesian nak kejutkan...Sudahnya lepas Asar lebih kurang pukul 4.30 petang baru bertolak..x apa..biar lambat asal selamat..=)

nota kaki: Kalau nak buat makan2 lagi, kena import adik@adik ipar tolong..x menang tangan kalau berdua je...=)


No comments: