Wednesday, August 18, 2010

~ Vadei Saya & Menu Berbuka ~

Vadei buatan saya..Rupa tidak menggambarkan rasa ya..Rasa boleh tahan apa..=)..

Kalau nak buat Vadei ni, sebelum kuar kerja rendam dulu kacang dal tu. Dalam 2 gengam ke ikut suka. Bila dah kembang & lembut, 2/3 blender halus (air sikit je). 1/3 lagi x payah blender. Potong dadu bawang besar, hiris cili kering & daun kari. Gaul semua sekali bahan2 tadi dan tambah garam + serbuk perasa. Kepal2..Goreng..Sure wangi satu rumah...=).

p/s : Kena jaga kuantiti air, kalau terlebih nanti jadi macam adunan cekodok pulak. x boleh nak kepal. Kalau agak tercair tu boleh la tambah tepung gandum sikit..sikit je..nak bagi adunan tu pekat sikit supaya boleh dibentuk...(tepung gandum ni saya adjust sendiri, so far rasa vadei ni x lari)..

Gulai Darat Ikan Tongkol
Ini ikan tongkol yang saya dah rebus siap2 tu. Kelmarin ikan rebus tu saya goreng je. Semalam saya gulai. Ala2 nasi berlauk yang orang Kelantan jual pagi2.

Resepi saya:
1.Ikan tongkol rebus (air sikit je) dengan asam keping, garam dan gula nisan.

2. Bahan2 untuk menggulai:-
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia & lengkuas (blend)
Santan, timun belah 2 potong dalam 1 inci & cili api (yang besar2).

3. Masukkan bahan2 yang dah diblender ke dalam santan, rebus dengan api sederhana, jangan sampai pecah minyak. Masukkan gula nisan & asam keping. Agak2 dah menggelegak masukkan ikan rebus, timun dan cili api. Kacau sentiasa supaya x pecah minyak.

Udang Goreng Kunyit & Sayur Campur
Ini lauk campak2..pukul 7.00 baru masak, makan masa panas2..nyum2..

5 comments:

buyuiazliana said...

halus ko ptg sayur tu..[ni pujian tau] muehehehehehe!

Asma said...

buyui
muahahaha..itu tektik supaya cepat masak..=)

Lin Ghazale said...

vadei tu, semata2 dal ke? x yah gune tepong?

Asma said...

klu ikut resepinya x yah tepong langsung, tp kekadang bila blender dal tu terlebih air bancuhan akan jd cam cair. so tmbh tepung gandum sket. nk bg sampai ley kepal je. Lam sesudu, kang byk tepung jadi cekodok kacang dal plak..hehehe

PUANSTOBERI said...

suka kuih tu gak. Mak mentua salu buat. Nak buat sendiri maleh ah.. hehehe