Thursday, August 26, 2010

~Yeyeh...Terima Kasih Kerajaan Malaysia..=)

Bukan saya..saya kerja swasta, tiada bonus raya. Suami yang dapat, extra RM500. Kami hepi. Bolehla buat top up belanja raya. Raya tahun ni budget sederhana, banyak sangat keluar duit 2-3 bulan ni. Keluar duit beli rumah, pindah masuk kuarters pun guna duit dan paling latest sekali cat & baiki(sikit2) rumah yang dibeli tu sebab ada tenant nak masuk sebelum raya ni. Fuh..duit keluar macam air..Jadi, raya memang bukan keutamaan lagi. Ala kadar....

Budget Raya Saya:-

1. Duit raya untuk mak, abah, mertua, adik2 yang belum abis belajar & anak2 buah

2. Duit raya kecik untuk budak2 yang datang beraya dan anak sepupu belah suami [ramai gila..suami ada 12 sepupu dari 1 makcik]

3. Kuih raya; max 4 jenis tapi kena sediakan untuk 2 keluarga

4. Baju raya saya & suami belum beli lagi [beli baju sepasang 2 je, tudung pakai je la yg mana ada]

5. Service kereta sebelum raya, perjalanan jauh jadi kena siap sedia

6. Duit tol & minyak; duit kecemasan pun kena ada..[penah tayar pancit atas highway, masa tu kat Butterworth..huhuhu..]

Itu je..=)..yang penting belanja dengan berhemah, jangan nanti lepas raya pening kepala..duit x ada..makan megi lor..


nota kaki: Raya x semeriah zaman kecik2 dolu.....

1 comment:

PUANSTOBERI said...

Kan..berbelanja lah dgn berhemah. Jgn ikut2 kan sgt sale2 yg ada tu kan?

Alhamdulillah..boleh la menyimpan sket duit bln ni dgn 'duit raya' yg diberikan oleh kerajaan tu sbb da bajet expenses raya dgn duit gaji. Huhu.