Thursday, August 12, 2010

~ Petua2 agar memasak di bulan Ramadhan lebih mudah & cepat..=) ~

Alhamdulillah..Selamat kita menjalani hari pertama Ramadhan dengan izinNya. Saya pukul 4.30 sudah keluar ofis, dalam pukul 5.00 sampai rumah..cepat2 masak lauk berbuka. Menu simple2 je..Sayur lemak udang campur toge dan ikan siakap 3 rasa. Cukupla 2 bangsa...Sempat juga ke pasar Ramadhan, tapi mak ai..manusia..

Ramadhan ini saya tekad kurangkan pengambilan nasi..mahu ratah lauk pauk sahaja..kurangkan karbohidrat, tapi masih ambil juga..dalam kuih muih contohnya. Saya mahu badan saya membakar lemak tegar di bulan puasa ini.. Menu masakan tidak berubah, masak seperti biasa..kalau dikekang sangat kesian pada suami pula...

Memasak setiap hari juga termasuk dalam misi saya di bulan Ramadhan ini..Gigih kan saya..=)..Sementara belum ada baby ni, bolehla melayan perut suami..Sekarang tengah fokus memasak kuih muih frozen. Karipap dan popia dalam perancangan. Untuk kegunaan sendiri sahaja. mahu kurangkan belanja di pasar Ramadhan..hehehe..  

Persediaan memasak lauk pauk berbuka di bulan puasa:-

1. Ikan, ayam, sotong dan segala lauk2 basah siang siap2 dan bungkus dalam surat khabar portion untuk sekali memasak. Mudahkan kerja kita dan tahan lama cos kita x defrost sekali banyak.

2. Bawang cili blender siap2, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Buat untuk kegunaan seminggu sahaja.

3. Beli santan dan bekukan. Bila2 masa pun boleh guna. x adalah bila teringin nak masak gulai ke kari ke tapi x buat sebab x ada santan.

4. Sayur2 berdaun hijau bungkuskan juga dalam surat khabar supaya tidak cepat layu.

5. Cili api, cili hijau, halia, daun kari, daun limau purut biasanya kita beli sekali guna x habis. Untuk tahan lama simpan dalam botol2 kaca (botol mayonis guna semula) @ tupperware yang bertutup kemas. Boleh juga guna plastik putih yang bungkus lauk @ plastik kedap udara. InsyaAllah sebulan pun tahan. Selalunya kalau rosak pun x rosak semua.

Ini antara petua2 saya didapur agar lebih mudah & cepat saya memasak. Setakat masak nasi (atas dapur je sebab masak pun 1 pot), 2 lauk 1 sayur dalam masa sejam boleh beres. Mengemas memang ambil masa sikit. Itu kena tingkatkan kecekapan di dapur. Sambil masak sambil mengemas. Nak tingkatkan kecekapan kena selau praktikkan maksudnya..kenalah rajin ke dapur...=)

nota kaki : teringin pula nak masak qurma ayam..


No comments: