Friday, August 20, 2010

~ Kuih Ketayap Saya =) ~

Ini kuih kesukaan suami, suami cukup suka kuih manis2 lagi2 inti kelapa sira. Saya suka kuih yang savoury. Manis2 ni x boleh pi...=)

Inti kuih ketayap ni saya guna yang lebihan buat kuih bom. Bahan2 untuk adunan kulit ketayap ni ialah tepung gandum 1 cawan, susu cair (sepatutnya pakai santan, tapi dah habis), mentega (cairkan dulu), telur sebiji (saya x guna pun), garam, pewarna hijau dan sedikit air. Nak senang blender semua sekali, kemudian tapis. Adunan tu kena cair macam nak buat roti jala/ kuih cara.

Kalau ikut resepi, daun pandan tu ikat segumpal guna untuk oles minyak dalam non stick pan. Tapi saya cuma guna kitchen tissue je. Oleskan minyak sedikit dan letakkan adunan, ratakan dan buat senipis mungkin. Masak sebelah bahagian je. Dah masak, angkat panas2 tu terus gulung inti. Ulang proses ni sampai siap..=)

Popia ayam + kentang. Ini pun lebihan juga, lebihan inti karipap. Malas nak uli tepung saya gulung je dalam kulit popia. Sungguh x rasa bersalah makan yang berminyak2 ni..hehehe..yummy...

nota kaki: semalam x masak nasi, suami nak makan bubur+telur masin+ayam goreng kunyit..senang kerja saya ..=)