Monday, August 9, 2010

~ Kembali Bersiaran di Pagi Isnin ~

Salam pagi...Jumaat lalu saya bercuti konon nak kemas rumah apa yang patut...Kalau ikutkan rancangan mak dan abah saya dikampung ingin datang menjenguk, tapi kesihatan abah memang x berapa baik. dah seminggu demam dan kaki bengkak dari paras buku lali hingga ke pangkal peha. x tau kenapa..merening je..mak cakap tu kesan dari kencing manis.

Jadi, saya di kampung berhujung minggu. Jengok abah lagipun sudah lebih dua bulan tidak pulang. Sedih juga, tapi abah nampak ok. Mungkin dia tahan rasa sakit..tak nak sesiapa risau. Mak cerita ada satu hari bengkak kaki abah menggila..Demam dan ke klinik hanya berkain pelekat...;(

Risau juga, abah x nak ke hospital.  x nak kena tahan..dia cuma ke klinik dan makan ubat semata..harap2 sakit tidak melarat..harap2 abah cepat sihat...

nota kaki: luka di ibu jari kaki abah, dah berbulan x kering2..kesan kencing manis..;(

2 comments:

mama zharfan said...

bahaya kan kesan diabetes ni..moga2 ur dad cepat sembuh :)

Asma said...

tq suzie..harap2 x de pape..