Tuesday, February 8, 2011

Ovulation Predictor Kit

Baru saya perasan period saya sepanjang tahun lepas agak tak teratur. Tak dela tak teratur sangat, masih lagi dalam kategori normal. Cycle yg paling pendek dalam 24 hari dan yang paling lama pula adalah 31 hari. Rupanya bila period tak teratur agak susah nak mengira waktu subur. Baru saya tahu ada kaedah lain yang boleh kita guna untuk menentukan waktu subur bukan semata-mata tolak 14 hari dari period sebelumnya.


Secara ringkasnya jika period kita agak berterabur macam saya ni, kita boleh tentukan waktu subur kita dengan menggunakan Ovulation Predictor Kit (OPK). Fungsinya untuk mengesan Luteinizing Hormone(LH), dimana LH ni paling tinggi dikesan (melalui ujian air kencing) ketika waktu subur. Jadi bolehla kita tau waktu subur yang lebih tepat (99.9% kalau tak salah). OPK ni bukan sahaja membantu pasangan mndapatkan cahayamata tapi boleh digunakan untuk merancang keluarga..=)


Nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini Ovulation Predictor Kit. Saya baca dari blog Dr. Zubaidi.


Bagi saya ini info yang sangat menarik. Macam saya yang tengah mencuba ni, apa sahaja yang boleh membantu dan praktikal akan saya cuba. OPK ni bentuk dia sebijik2 macam Pregnancy Test Kit tu. Cara nak guna pun sama.


Jadi saya ingat bulan ni nak try guna OPK, saya beli di WATSON jenama WATSON dalam RM45.90 untuk 1 pek yang ada 5 set OPK. Jenama lain macam Clearplan  (Clearblue untuk pregnancy test) pun ada tapi mahal sikit.


Sesiapa yang pernah guna share la ilmu dengan saya..tq...=)




11 comments:

Irtiyah said...

Salam

Wah jenama ni murah ya.. standard harga UPT juga lebih kurang. Saya dah pernah tahu tapi tak pernah guna.. lagipun harga yang saya tahu yang mahal tu.

iEmA said...

Salam..
Sy pon period x teratur.. skang pon tgh mencuba untuk hamil.. teringin sgt nak bb slps keguguran tahun lps.. x pnh lg cuba OPK ni tp bl da terbaca kat blog ni, rs nak cuba laa.. =)

http://keroniema.blogspot.com

nazza_syikin said...

sudah beli 4bln yg lepas tp blm pakai.. ntahla.. blm sampai seru.. huhu!

Asma said...

Irtiyah

jenama len tu memang mahal sikit,kalau kt GUARDIAN lg la, seme mahal...hehehe

iEmA
Jom la cuba sama2..mana tau kali ni ada rezeki..InsyaAllah...=)

Asma said...

nazza_syikin
lama tu 4 bulan...jom la try bulan ni..=)

Anonymous said...

Boleh beli OPK atau UPT dari saya: 10 kits= RM50, postage RM5. Boleh dapat dalam masa 1 hari sahaja. Boleh mesej saya untuk beli: 012-2006445

Pink Lavender said...

makneng follow asma

jemput follow makneng

sambil nak cari sape jual OPK tuhh

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam.
maera baru try pok nie minggu nie.beli kat mudah je, rm2 1 test.murah berbanding yg kat farmasi. hope berguna la benda nie.huhu~

Anonymous said...

I has beеn very Parts of уour torso, he oг ѕhe ѕanitizes them, and аnd thеn heats them іn water rаnging from 120�-150� degreеs Fahrenheit.
tantrіc massages and hоt tubѕ aгe decorouѕ а
stage οf Focuѕsing for Neѕt egg аnd thіѕ nuisanсе
or if thе гash startѕ to cattlе
rаnch quiсk, seek paгking braκe Mеdiсal tгeatment.


Mу ωeb ρagе: you could try here for tantra london

Anonymous said...

Salam sis2 semua..

boleh dapatkan dari saya UTP & OTK pada harga yang super murah

10 kits - RM 20 INC POSTAGE ^^

DO WHATSAPP ME AT 0149462866

Anonymous said...

Generally I don't read post onn blogs, but I wish to say
that this write-up very pressaured me to try and do it!
Your writing style has been surprised me. Thank you,
quite nice post.

My site: bodog casino