Makan malam memang simple2 je sekarang ni...Ini salah satu menu yang sihat lebih sikit je dari fastfood. Sebabnya daging burger tu buat sendiri. Nak nampak lebih sihat lagi pemakanan kita macam biasalah..saya pakai roti wholemeal..tapi dalam mana nak jaga pemakanan kita tu memang susah la juga nak buang benda2 yang sedap contoh macam mayonis..mana boleh buat sandwich tak letak mayonis kan..cheese slice tu kira macam sumber kalsium gak kan..kan..
Sediakan bahan-bahan dulu...
Daging burger yang telah di masak dengan minyak sikit je..toskan lebihan minyak atas tisu..
Burger Ayam
Isi ayam tanpa tulang diblend sampai hancur, blend sikit2 kalau pakai blender kang takut sangkut2. Lepas tu masukkan garam, serbuk perasa ayam, mix italian herbs..ramas dan gaulkan sampai rata..tak payah pakai telur pun. Kalau nak simpan lama..masukkan ayam tu dalam bekas then simpan je dalam freezer. Tak payah bentukkan burger tu dulu. Masa nak masak nanti baru bentukkan dan terus campak dalam kuali..Senang!!
Boleh jugak guna ayam ni untuk jadikan chicken ball kalau nak masak spageti, atau kalau tak nak buat chicken ball pun campur je ayam ni buat macam minced meat..So dengan satu bancuhan kita dah boleh masak menu macam2..=)
Satu lagi keistimewaan daging burger ni ialah rasanya lebih enak, sebab campuran herba tu dah mesra..Bau pun wangi..Lemak pun kurang..Bila masak tu juicy...
Jadi tak ada la kita rasa bersalah kalau makan burger hari2..woot..woot..
No comments:
Post a Comment