Friday, April 22, 2011

Terjah!!!

Terjah dapur sendiri..hehehe..saje nak share camane saya simpan barang2 untuk memasak. Peti ais saya memang sentiasa penuh. Leftover la, jajan la, kek la, segala tok nenek pun sayang nak buang. Dalam 2 minggu sekali kasi spring cleaning itu peti ais. Boleh la jumpa, sayur batang dah lembik, kecut, berair..naik kulat..macam2 la..

Tapi kadang2 tu bila shopping barang dapur tak tau nak kontrol diri..bila suami tanya, ha ni untuk masak esok, tu untuk lusa, yang ni untuk tulat, yang gedabak ni untuk tungging, last sekali ni untuk terbalik..

Kita terjah dulu part barang2 kering.



Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang buat kuarters siap kabinet dapur semua..Alhamdulillah..
Dalam ni saya letak garam, kunyit dan segala rempah ratus. Sebelah kunyit tu bekas lada hitam dan lada sulah...saya sorok kat belakang bekas serbuk pati ayam..tu penyedap makanan..=)

Bahagian atas tu ada esen vanila, perasa, pewarna. Yang bekas comot putih2 tu kapur makan. Spare untuk goreng pisang.


Inilah barisan kita..yang..yang membantu saya kat dapur..hehehe..tupperware kecik2 tu ada yang beli ada yang dapat free..Botol minyak kat belakang yang kecik tu minyak zaitun. Kat belakang 2 tupperware bertutup tu segala bawang merah + putih dan cili kering dan kat atas tu ada kentang.



Dalam ni ada kismis, ketumbar, halba pastu apa ntah da tak ingat..



Ini bahan2 untuk buat kari ikan dan kari ayam@daging. Botol 1st tu halba campur, gunanya untuk masak kari ikan, tapi saya  jarang letak pun..


Herba2 omputih. Oregano + parsley kering dan mix herbs.


Dalam tupperware tu ada tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Tepung gandum tu berganti2 la jugak, tepung beras kalau musim goreng pisang selalu boleh la habis, tapi tang tepung jagung tu..bertahun da kot..=)

Nampak tak beras perang tu..stok..kalau rasa bersalah makan nasi banyak sangat, baru la masak beras perang. Stok keropok ikan keping pun ada.


Kita beralih pula dalam peti ais....1   2   3..jeng..jeng..jeng...



Dah takde ruang pun...sarat..dalam bekas tutup merah tu ada asam jawa, ikan bilis, udang kering, asam keping. Macam2 la..ada leftover lauk 2-3 hari pun ada.

Bahagian atas tu buah2 dan kek2 yang tak abis..Bahagian atas sayur2 tu ada roti pita, mee kuning n koey teow.


Freezer pun sarat..


Camnilah saya bungkus. Ikan 3-4 ekor (selalu beli saiz kecik je) ayam, daging. Plastik kaler biru tu ikan dory, yang kuning tu ketam. Da seminggu tak tau bila nak masak..



Tomato memang wajib ada, lobak dan kacang buncis pun sebab nak buat sayur campur. Cendawan butang ni dalam 2 minggu pun tahan. Kadang2 da tukar kaler coklat tapi still boleh makan. Dalam suratkhabar tu ada sawi berumur seminggu. Kacang peas(betul ke nama dia??) tu dah nak masuk 3 minggu.



Air tak banyak sgt dalam peti..sebab suami tak ada kalau tak berkotak2 la jus dia beli..Susu tu pun dia yg minum.

Hehehe..nampak tak roti gardenia. Eksperimen saya bila dah nak dekat expired tu masukkan dalam peti so tempoh hayat dia jadi lama..kulapuk nak tumbuh pun malu2..

Kat atas tu le cili padi, daun limau purut dan daun kari..yg tak nampak dalam gambar kt belakang tu ada jeruk cili. Sebelah tu yg bekas kuning air gula. Senang nak buat air kordial..

Ada santan kotak, kuah rojak dan keju BEGO tu antara yg termurah kat pasaran..Sedap je..=)



 Close up sikit..Daun limau purut tu dah start kuning. Tapi bila masak rasa dia sama je. Cili api ni nak simpan buang batang dia..tahan lebih lama..



Tanpa bantuan2 di atas ni, agaknya susah juga kerja memasak saya. Hari kerja memang saya terus balik dan memasak. Pakai apa yang ada kat rumah je..Ini stok baru top up minggu lepas. So minggu ni tak yah beli barang2 dapur lagi. Kena top up minyak masak dan bawang+ cili kering je..Idea memasak saya berdasarkan bahan yang ada...Resepi saya print dari internet penuh drawer..try ngn tak je..;)




6 comments:

syanasaid said...

tekun aku baca
hahaa
bleh tiru ni

Juz Call Me Sharz said...

banyaknye barang..lengkap semua ada.. =))

buyuiazliana said...

ma, kwn aku ade buat nak bg sayur thn lg lama then kalau bungkus ngn sokabar

ko amik simpan dlm bungkus aluminum mcm bungkus oat [cth lah, bekas susu refill pon belah dlm dia aluminum kot?]

mmg thn lg lama..cuba ko try

Ryyn_kiss12 said...
This comment has been removed by the author.
Ryyn_kiss12 said...

hai assalamualaikum...selama ni baca senyap je blog awk..akhir2 ni blog ni da jd mcm blog msakan...tahniah! rajinnya awk memasak...:-)

nak tny, cntek botol2 bertutup kuning yg awk isikn rempah ratus tu, kt mn ye awk beli?? lg satu sy pun ada cuci bekas jem atau mayonis utk diguna smula, tapi kdg2 label pd botol tu sush nk tanggal...jd botol tu kelihatan tak cntek...

Asma said...

Salam Ryyn,

Kena cari hobi, klu tak sunyi..hehehe

botol2 tutup kuning tu pun botol mayonis gak. Tak igt la plak jenama apa. MAYO kot yg paling murah kat kedai..

Petua nya, rendam lama..Seriyes lama..tapi tukar2 la air rendaman tu..Rendam sampai label tu semua tanggal..biasa seminggu lebih jugakla..