Bila mood nak makan cam omputeh, mula la menggoogle resepi senang2, bahan tak pelik2.
Tada....Cendawan sumbat(?)..
Resepi :-
1. Apa2 mushroom. Saya pakai shitake je. Cabut batang dan cincang. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan minced meat. Saya pakai daging berger. Agak2 dah masak letak worchestire sauce (beli kat supermarket jenama Lea & Perrins). Tak letak pun tak apa ganti je dengan sos tiram. Letak blackpepper, perasa dan garam secukupnya. Sebelum tutup api boleh letak cili merah kasik ada kaler sikit. Last sekali taruk cheese sikit(saya guna cheddar + parmesan je)
3. Letak minyak zaitun @ butter dalam loyang..Susun mushroom dan letak minyak sikit. Letakkan isi dan pastu letak cheese lagi. Bakar dalam 5 minit @ sampai cheese tu cair.
4. Roti tu saya bakar letak cheese slice sekeping dan tabur parsley kering + cili merah yang di cincang halus
No comments:
Post a Comment