Tak suka betul nampak insang tu..ingatkan nak buang..suami la bising2 orang masak la ngn insang2 sekali..ikut je la..:(
Resepi ni simple sangat mak mertua yang ajar, ada kot saya oter2 sikit macam taruk gula nisan. Sebab resepi mak mertua tak pakai gula.
Resepi saya:
Tumis bawang merah+putih, halia yang dihiris halus. Campakkan daun kari (Saya tak letak pun rempah kering cam kulit kayu manis ke)..Biar sampai wangi lepas tu masukkan serbuk kari ikan jenama BABAS. Banyak ok. Dalam 2 senduk lebih. Tambah air kalau tak nanti kering sangat (nak bancuh serbuk kari tu siap2 pun ok). Bila dah pecah minyak, letak air asam jawa dan gula nisan. Tambah air ikut banyak mana kita nak kuah tu. Bila dah menggelegak boleh la masukkan terung bulat dulu.Time ni saya masukkan santan kotak dalam 2-3 sudu je. Just nak bagi rasa lemak2. Lepas tu masukkan ikan, bendi dan tomato. Nak letak cili hijau pun boleh. Tambah garam dan perasa dan biar sampai ikan masak.
Nak sedap macam kari ikan Kg. Attap kita buat ala2 sambal kicap. Hiris bawang besar + cili hijau. Letak je kicap manis sikit. Lepastu perah limau kasturi...Memang bertambah la nasik bila ada kicap ni..=)
No comments:
Post a Comment