Tuesday, April 26, 2011

Isu Minggu Ini


Akhirnya kerajaan buka mata pasal isu makanan berkhasiat di kantin sekolah. Tapi, bagi saya itu bukanlah isu utama. Isu utama adalah cara pemakanan kita. Saya tak sure sekarang ni kat kantin sekolah jual apa, tapi masa kecik2 sekolah rendah dulu, ada la nasi lemak, nasi berlauk (lauk sejenis je ngan timun), mi goreng, keropok, kuih muih, air sirap ngan oren. Sekolah menengah banyak sikit, ada laksa, bubur, bihun sup, aiskrim ntah da tak ingat. Jajan rasanya tak ada jual. Sebab masa kecik dulu simpan duit belanja seposen sebab nak beli jajan singgah masa jalan nak balik rumah. Mungkin masa tu terkontrol lagi kot kantin sekolah kita. Zaman sekarang ni je kot ada jual jajan, air tin, air kotak semua.


Makanan di proses macam beger, nuget dan hotdog memang la zaman saya takde lagi. Tapi masalahnya bukan setakat kantin sekolah je yang jual benda2 ni. Kat rumah pun makan benda ni, keluar pergi makan fastfood, kedai tepi jalan, kat depan 7E. Merata2..Bukan setakat budak2 sekolah yang makan, kita2 sekali tahap mak bapak budak. Memang susah nak ubah cara pemakanan. Apetah lagi bila kita disogok dengan benda ni dari kecik. Ada yang cakap, kang kalau tak bagi anak makan berger tu dia melalak meragam..penat akak nak layan..huhuhu..@ anak ai memang tak makan nasi, suka fries je..ok le tu..potato..potato kan karbohidrat..kan..kan..


So, kita amik jalan mudah..kita bagi je..kita malas nak fikir sebab kita nak kerja senang, tak nak anak menangis, penat nak layan.


Saya suka nak share pasal makan di rumah. Pernah kot saya tulis pasal ni, tapi versi yang berbeza. Amalkan makan malam di rumah dengan keluarga (masak sendiri ye bukan tapau). Seharian kita kerja tak monitor langsung apa yang keluarga makan, apa lah salahnya penat sedikit waktu petang sediakan hidangan malam serba ringkas untuk keluarga. Nasi, lauk sejenis (ayam, ikan, udang, daging @ telur) dan sejenis sayur pun dah cukup. Sesekali tukar menu western atau buatla daging berger dan nuget sendiri. Lebih terjamin kualiti, kurang lemak, kurang bahan pengawet dan perasa tiruan.


Entahla, kadang2 rasa tak layak nak menulis benda2 macam ni. Rasa macam tak sesuai... Nanti kang ada yang kata, hang tak dak anak mana hang tau apa..sok2 ada anak yg jenis berkepit 24 jam, nak buat apa pun tak boleh barula hang tau langit tinggi rendah..Aduyai..itu yang malas..


Tapi lantakla orang nak kata..penat kang dia berenti la sendiri..=)


Okeh satu lagi yang sesuai untuk anak2 adalah sandwich pagi2. Sandwich banyak jenis, so boleh le kita pelbagaikan. Hari ni kapit ngan kepingan keju, esok kapit dengan tuna, sardin. Lusa kapit ngan ayam bakar. Kalau anak2 suka manis, boleh selang seli roti kapit pisang dan nutella.


Kalau boleh terapkan makan buah-buahan. Epal merah, anggur, strawberies(tapi mahal, mahal pun takpe la kan..beli McD boleh je)..antara buah2 yang budak2 suka. Kenalkan seawal usia mungkin dan jadikan hidangan kat rumah kita. Nak menarik jadikan snack yogurt buah2an atau smoothies.


Tapi, yang paling utama kita ni ha sebagai orang tua. Tunjukkan pemakanan yang sihat depan anak2..InsyaAllah, anak2 akan ikut cara pemakanan kita. Saya dulu makanan pelik2 tak makan sebab mak tak masak. Dulu tempe tak kenal, sebab mak bukan orang jawa. Bila dah besar ni dah bergaul jumpa orang makan kat banyak tempat semua pun makan. Kecik2 dulu kalau pergi rumah orang, tak pernah tengok makanan tu memang tak amik rasa pun..sebabnya..mak tak masak camtu..Maksudnya disini..anak memangla ikut cara mak makan..kalau mak suka makan fast food, anak pun suka..ini contoh je ni..=)


Bukanla saya nak tanamkan idea..JANGAN makan luar langsung..tak..marah tauke2 warung kat saya nanti. Cuma kurangkan, lebihkan masak sendiri. Weekend2 pergila kedai mamak makan roti canai banjir, sesekali nak makan masakan thai masakan cina apa salahnya. Sesekali nak makan ayam goreng hingga menjilat jari pun ok, sesekali nak makan pizza ke, sushi ke semua pun boleh. Semua boleh kalau kita buat sekali sekala. Makan dengan skala sederhana. Janji dengan anak..ok nanti ari sabtu mama bawak makan special..suruhlah anak2 buat pilihan restoren kegemaran. Tapi make sure sebelum tu apa yang kita masak, anak2 makan..Ala macam ugut jugakla, kalau tak makan tak boleh pergi sekian..sekian..


Tapi jangan le pula kata, ala u tu masak sendiri la, jaga pemakanan la..tak kurus selim melim pun..Saya cuma boleh jawab..saya mungkin tak kurus, tapi saya nak hidup sihat..kalau saya sakit, itu semua Allah punya kuasa..bukan saya..saya cuma manusia biasa..sekian..wassalam...




2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

^ Uncle Syaf ^ said...

1. bagus gak bile nak start cre pemakanan ni kat skolah...dekat us dieorang dah start buat sebab kadar obesiti yg tinggi


kite lak yg dah tue bangke ni kene control gak r...jangn makan kat kedai sgt n jagn makan yg terlalu berminyak