Monday, August 16, 2010

~ 6 Ramadhan ~

Esok genap seminggu kita berpuasa. Sekejap je kan..Misi saya untuk memasak di bulan puasa ini separa berjaya. Setakat ini hanya ke PARAM untuk beli kuih serba sikit sambil jalan2 cuci mata. Masak pun simple2 je. Makan berdua je, x adalah nak beria2. Karipap frozen ada dekat 20 biji dalam peti ais, bila dah buat banyak2 x teringin la pulak nak makan...hehehe..

Semangat menulis pun agak pudar [macam lagu Rossa..huhuhu]..Tiada apa yang nak dikongsi bersama.. Nak meluahkan perasaan pun, rasa x kena. Ada juga berita gembira, mak mertua bakal menimang cucu yang ketiga, kak ngah biras yang no.2 sudah mengandung 2 bulan. Alhamdulillah dan tahniah. Gembira dan sedikit sedih pun ada. Rasa macam x nak balik kg beraya..hehehe..Malas nak menjawab..Penat nak senyum tapi hati menangis siapa yang tahu..[eceh!!]...Mereka yang bakal menanya bila di kampung mertua dan kalau boleh saya nak elakkan ialah 1. ustazah (jiran belakang rumah mak mertua) 2. Cik Piah (kawan baik mak) 3. Kak Cak (sepupu suami)..hehehe...

Jadi bersediakah saya dengan soalan2 laser dihari raya. Susah juga nak menjawab lebih2 lagi dgn badan yang macam orang pregnen 3 bulan ni..=)..Ini jawapan standard saya.."BELUM ADA REZEKI LAGI"..ok..=)


nota kaki : bulan mencuba resepi..hari ni nak try buat onde2 gula melaka..=)



4 comments:

Cik Ina said...

asma..situasi kita sama..hanya ALLAH saje yg tahu perasaan kita...sebelum ni sy hanya senyum bila orang asyik bertanya soalan cepumas tu...kali ni sy nekad nk jwb....

puanstoberi said...

Salam,
biasanya yg suka tnya adalah bukan dr golongan famili terdekat kita kan? Umm..kita hadap je lah Asma, itu dugaan utk kita. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Asma said...

Latina
Senyum hanya kat mulut...=)..kadang2 buat x tau je.. Kan beraya kt kampung suami, siang2 da bgtau dia, klu org tanye lebey2 suh dia yg jwb..malas nk layan..he3..

Asma said...

Pnstroberi
Family biasanya lebih memahami..Itulah..dugaan yg Allah bagi pun hanya tuk menguji. Allah x kan uji kita jika kita x mampu nak hadapinya. Dia tau segalanya...Moga Allah bagi yang terbaik buat kita..=)