Monday, August 2, 2010

~ Cerita Sepetang di Habib Jewels ~

Perhatian : Ini hanyalah pandangan peribadi

Sungguh berjaya promosi yang dilakukan Pak Habib samaada di media cetak @ di leaflet2 yang diedarkan. Kenapa saya kata ia berjaya..kerana...saya pun terpengaruh..Tapi...indah khabar dari rupa...Atau saya tersilap perkiraan/percaturan. Tidak berjaya menangkap maksud tersirat..tidak cepat mentafsir..

Bukan saya kata Pak Habib menipu..tidak sama sekali...Cuma sebagai pengguna sepatutnya kita lebih meneliti..Jangan cepat mudah tergoda dengan iklan2 yang 'runtuh' menggila...

Apa yang saya lihat, 70% diskaun penurunan hanyalah untuk barangan terpilih sahaja, tidak secara keseluruhan. Loket Merdeka yang ditawarkan juga bukan emas (menurut kata jurujual suasa) kerana dalam iklan tertulis 'GOLD PENDANT'..malah sungguh kecil seperti syiling 5 sen...tidak sesuai dengan rantai labuh saya..hehehe..

Tapi kepada sesiapa yang sudah berkira2 untuk memiliki barang kemas baru untuk dipakai raya nanti masih boleh menjengok2 Pak Habib. Kalau memang ada bajet, banyak pilihan menarik..Bajet saya memang ciput, malah dengan 70% diskaun pun masih melebihi bajet saya...ngeh3...=)

nota kaki : kalau dapat duit terpijak atau duit runtuh ke kan syok....


1 comment:

myQza said...

he he he he
InsyaAllah, cuba try tgk kat pakcik poh kong pulek!