Tuesday, August 10, 2010

~ Ramadhan Al-Mubarak ~

Salam Ramadhan..InsyaAllah, esok umat Islam akan mula berpuasa. Syukur juga kita masih diberi peluang olehNya menyambut Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi..

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga...

Tutur kata pun kena jaga..
Had kan pandangan dan pendengaran dari perkara yang bukan2..

Banyak kan juga berdoa...Moga2 Allah makbulkan..

Tingkatkan amalan..Bacalah Al Quran...


Dan jangan lupa bersolat terawikh jika tiada halangan...

Ingat!!! Berpuasa mengajar kita bersederhana, bukan untuk kita puaskan nafsu makan hingga terlantar bak ular sawa kekenyangan...

Bagi ibu2 yang mula mengajar anak berpuasa, sabarlah dengan kerenah mereka...

Akhir sekali, ampun dan maaf dipinta kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita..Amin ya Rabbal Alamin..


2 comments:

Anna Da Lady said...

Selamat berpuasa di Bulan ramadhan. Tingkatkan amalan dan pastikan amalan itu di bawa selama-lamanya. Moga amalan kita diberkati oleh-Nya. Amin.

Cik Ina said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak..kehadirannya amat kita nantikan...bersama2lah kita beramal semoga diberkati...