Al-fatihah
Al-fatihah buat sahabat suami Allahyarham Mohd Hafiz Bin Osman
Atau lebih mesra dikalangan teman sebagai Mat Pit
Saya tak pernah bersua dengan Allahyarham
Tapi selalu mendengar cerita dari mulut suami
Teman suami ketika di SERATAS sehingga form 3
Kerja Allahyarham belayar ikut kapal
Merata dunia
Tapi walau di mana berada
Tak pernah lupa sahabat2 lama
Selalu hubungi tak kira siang malam, hari cuti hari kerja
Selalu rindukan sahabat2
Selalu bertanya bila nak berjumpa
Tetapi kekangan masa dan alasan sering dicipta
Hinggakan akhirnya hati ralat dan kecewa
Kerana dia sudah dijemput oleh Nya
Damailah disana
Disisi Tuhan yang Maha Esa
Al-Fatihah
Allahyarham Mohd Hafiz meninggal dengan komplikasi buah pinggang dan banyak lagi. Di umur 30 tahun, sebaya saya dan suami. Tak kira umur, tak kira pangkat dan harta. Bila tiba masanya, kita akan dijemput jua.
3 comments:
innalillah, kawan aku pn thn lepas meninggal sebaya kita tiba2 rebah coma then meninggal , masa tu wife dia tunggu hari nak bersalin..sian kan?
al-fatihah
ajal xkira usia
al-fatihah..
Post a Comment