Monday, April 25, 2011

Ketam Masak 3 Rasa

Masak 3 rasa tak kisah ikan ke , udang ke ketam ke..mesti sedap punya..Sebanya semua rasa dah ada, masam, manis, masin, pedas..bau pun wangi membuka selera..

Resepi kali ni ketam 3 rasa, selepas seminggu dalam freezer. Barula ada masa nak masak..=)




Resepi saya:
Bersihkan ketam. Bawang merah dadukan, cincang halus bawang putih, cili padi, halia, serai dan tomato. Mula2 tumis bawang merah sampai wangi, masukkan bahan2 yang dihiris kecuali tomato. Masukkan juga daun limau purut. Biar sampai pecah minyak sikit barulah masukkan tomato. Tambahkan air, kicap manis, cili sos, tomato sos, dan sos tiram. Kalau pekat sangat masukkan air lagi sedikit dan masukkan ketam. Tutup kuali sekejap. Kacau, tambah garam dan serbuk pati ayam. Kalau kulit dah merah dan kuah pun dah pekat sikit tutup api dan sedia untuk dihidangkan...=)



Makan dengan roti benggali pun sedap ni.Tapi saya makan dengan nasi panas2 je..=)





1 comment:

syaf said...

perghh terbaek..melelh tengok...suke gak makan ketam nih, cume mahal & susah nk makan, isi sikit je...


tapi suke...he3