Thursday, April 21, 2011

Saja Nak Share Part 2

Saya nak sambung sikit dari topik semalam. Selain dari list semalam tu, kalau boleh..kena la ada stok :


1. Telur. Telur ayam ke telur itik ke tak kesahla yang penting jangan telur tiruan. Telur sumber protien, Kalau malas nak defrost sumber protien lain. Telur adalah pilihan terbaik. Kalau nak healthy sikit  buatla sup sayur dan pecahkan telur. Telur dadar @ omelet pun antara hidangan lengkap yg mengenyangkan. Tapi hidangan yang paling klasik tentulah telur mata lembu pastu tuang je kicap manis kat atas..makan lak dengan nasi panas2..=)


2. Ikan bilis dan ikan masin. Kalau ada ikan pekasam tu kira bonusla. Telur masin pun ok, tapi pernah simpan terlampau lama telur tu jadi masin gila. Paling simple goreng je garing2 ikan bilis tu, nak extra simple buat sambal tumis. Serbaguna la jugak ikan bilis ni, untuk rencah sayur pun boleh..Kalau masak air bodoh (ini saya la bagi nama), rebus air letak bawang merah bawang putih ngan ikan bilis. Sayur boleh pelbagai..bayam, petola dan labu air. Ikan masin selain goreng boleh juga  dijadikan rencah dalam sayur..kailan ikan masin, sawi ikan masin, kobis cina ikan masin @ kangkung ikan masin. tapi kalau terlebih rajin buat le nasi goreng ikan masin..=)


Setakat ni je lah dulu..Kalau saya free nanti saya amik gambar peti ais yang macam nak roboh walaupun duduk berdua je...=)

Antara masakan yang guna bahan2 yang simple:




Ikan pekasam. Ikan bilis ke ikan masin ke semua saya goreng macam ni. Goreng garing ikan masin@bilis. Ketepikan. Dalam minyak yg sama goreng bawang besar dan cili kering. Angkat dan satukan.



Bayam hijau masak air. Rencah cuma ikan bilis, bawang merah+putih..simple tapi siap hirup kuah dalam pinggan la kalau makan..=)



Anytime boleh makan nasi lemak. Yang penting ikan bilis dan telur ada. Santan..pakai je santan kotak. Takyah timun2 ke kacang tanah goreng ke..Kalau ada boleh le letak..



Dan nasi goreng kampung lawankan dengan ikan bilis..Nak sedap lagi buat sambal belacan. Nak sedap lagi goreng telur mata lembu..


See..dengan bahan yang simple je macam2 kita boleh masak..kata kunci dia..simple..siap ada kata kunci tu..=)

2 comments:

SyaNa said...

eh nanti share list2 menu2 selain nasi
aku kalo bleh nak kurangkan nasi

tochei :-)

Buyuiazliana said...

ma, tlg wt entry sambal belacan :P